Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

213. Permohonan bagi kelulusan

Feedback & support
(1)

Dalam Penggal ini dan Jadual 5, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“cadangan” ertinya suatu cadangan yang disebut di bawah subseksyen 212(2);

“pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan dan mana-mana orang lain yang profesionnya memberi kewibawaan kepada suatu pernyataan yang dibuat olehnya;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 331

“pegawai”, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah—

(a)

pengarah, setiausaha, pegawai eksekutif atau pekerja perbadanan itu;

(b)

penerima dan pengurus yang dilantik di bawah kuasa yang terkandung dalam apa-apa surat cara, bagi mana-mana bahagian pengusahaan atau harta perbadanan itu; dan

(c)

pelikuidasi perbadanan itu yang dilantik bagi penggulungan sukarela perbadanan itu, tetapi tidak termasuk seorang penerima yang bukannya seorang pengurus, penerima dan pengurus yang dilantik oleh mahkamah dan seorang pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah;

“syarikat persendirian” dan “syarikat awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;

(2)

Seseorang pemohon yang ingin memohon kelulusan bagi perkara yang diperuntukkan di bawah seksyen 212 hendaklah membuat permohonan kepada Suruhanjaya untuk kelulusan dan hendaklah mengemukakan dokumen dan maklumat kepada

Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(3)

Walau apa pun subseksyen

(2)

,

Suruhanjaya boleh menghendaki seorang pemohon untuk memberikannya maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules