Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

217. Kod Malaysia mengenai Pengambilalihan, Percantuman dan Pengambilan Paksa

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, menetapkan suatu

Kod yang hendaklah disiarkan dalam Warta.

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa atas syor Suruhanjaya, meminda mana-mana peruntukan Kod dan mana-mana pindaan kepada Kod hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3)

Kod hendaklah mengandungi prinsip yang mengawal tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa.

(4)

Suruhanjaya hendaklah mentadbir Kod dan boleh membuat semua perkara sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan sepenuhnya kepada peruntukan Penggal ini dan Kod dan tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu, boleh—

(a)

mengeluarkan arahan—

(i)

bagi mentafsir Penggal ini dan Kod;

(ii)

mengenai amalan dan kelakuan orang yang terlibat dalam atau terjejas oleh mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa, atau dalam penjalanan urusan mana-mana pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa; dan

(b)

menyiasat apa-apa perkara yang berhubungan dengan mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa sama ada yang berpotensi atau selainnya, dan bagi maksud ini, boleh mengeluarkan pernyataan awam sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Suruhanjaya mengenainya.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1499).

344 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules