Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

215. Section 215

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa pernyataan atau maklumat dikehendaki untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya di bawah Penggal ini—

(a)

seorang penerbit atau pemohon atau mana-mana pegawai atau sekutunya;

(b)

seorang penasihat kewangan atau pakar; atau

(c)

mana-mana orang lain, tidaklah boleh—

(A)

mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan;

(B)

mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau

(C)

terlibat dalam atau membantu atau bersubahat dalam kelakuan yang diketahuinya adalah mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan Suruhanjaya.

(2)

Adalah menjadi suatu pembelaan kepada suatu pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, setelah membuat siasatan yang

336 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan sehingga masa pernyataan itu dibuat atau maklumat itu diberikan atau sehingga penglibatan dalam kelakuan itu, sememangnya mempercayai bahawa—

(a)

pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan;

(b)

peninggalan itu tidak material;

(c)

tidak ada peninggalan yang material; atau

(d)

kelakuan yang berkenaan itu tidak mengelirukan atau memperdayakan.

(3)

Jika—

(a)

pernyataan atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1)

telah dikemukakan atau diberikan kepada Suruhanjaya, atau kelakuan yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilakukan;

dan

(b)

orang yang disebut dalam subseksyen itu mengetahui atau menyedari sebelum cadangan dalam permohonan itu dilaksanakan, dilakukan dan dijalankan dengan sepenuhnya—

(i)

bahawa pernyataan atau maklumat itu mungkin palsu atau mengelirukan atau tidak lengkap secara material; atau

(ii)

bahawa kelakuan itu berkecenderungan untuk mengelirukan atau memperdayakan, orang itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya mengenai fakta yang disebut dalam subperenggan (b)(i) atau (ii), jika berkenaan, dan hendaklah mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 214A(2).

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(b), seseorang yang mengetahui atau menyedari termasuklah seseorang yang menyebabkan atau melakukan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 337

suatu perbuatan yang menyebabkan pernyataan atau maklumat itu menjadi palsu atau mengelirukan atau tidak lengkap secara material.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules