Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
226. Tafsiran
Feedback & supportDalam Penggal ini, Penggal 4 dan 5, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“juruaudit syarikat diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(2) *Akta Syarikat 1965 sebagai seorang juruaudit syarikat dan yang kelulusannya tidak dibatalkan;
“pelawaan terkecuali” atau “tawaran terkecuali” ertinya suatu pelawaan atau tawaran yang ditentukan dalam Jadual 6 atau yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu pelawaan terkecuali atau tawaran terkecuali di bawah perenggan 229(1)(b);
“penganjur” ertinya—
berhubung dengan sesuatu prospektus yang diterbitkan oleh atau yang berkaitan dengan sesuatu perbadanan, penganjur perbadanan itu;
berhubung dengan sesuatu prospektus berkenaan dengan sesuatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, penganjur skim itu; atau
berhubung dengan sesuatu prospektus dalam mana-mana hal lain, seorang,
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 359
yang merupakan suatu pihak dalam penyediaan prospektus itu atau mana-mana bahagiannya yang berkaitan, tetapi tidak termasuk mana-mana orang yang bertindak hanya atas sifat profesionalnya;
“prospektus” ertinya suatu notis, surat pekeliling, iklan atau dokumen yang mempelawa permohonan atau tawaran untuk melanggan atau membeli sekuriti, atau yang menawarkan apa-apa sekuriti bagi langganan atau pembelian dan, melainkan jika ditentukan dengan nyata, termasuklah suatu prospektus tambahan, prospektus gantian, prospektus simpanan, prospektus pendek, pernyataan profil, prospektus simpanan tambahan dan prospektus ringkas;
“prospektus permulaan” ertinya apa-apa dokumen yang bertujuan untuk membantu seseorang penerbit menetapkan harga berkenaan dengan suatu cadangan terbitan, suatu tawaran bagi langganan atau pembelian, atau suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti atau untuk menentukan kandungan muktamad sesuatu prospektus;
“prospektus simpanan” ertinya prospektus yang diterbitkan di bawah skim pendaftaran simpanan;
“prospektus simpanan tambahan” ertinya suatu dokumen yang memperuntukkan maklumat material yang perlu untuk pengemaskinian maklumat dalam prospektus simpanan berikutan pendaftaran prospektus simpanan itu;
“skim pendaftaran simpanan” ertinya suatu skim yang terpakai bagi maksud mana-mana terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti oleh seseorang penerbit berdasarkan kepada suatu prospektus simpanan dan suatu prospektus simpanan tambahan;
“terbitan terkecuali” ertinya suatu terbitan yang ditentukan dalam
Jadual 7 atau yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu terbitan terkecuali di bawah perenggan 230(1)(b).
360 Undang-Undang Malaysia AKTA 671