Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

223. Hak pemegang syer minoriti

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 224, jika suatu tawaran pengambilalihan berhubung dengan semua syer atau semua syer dalam mana-mana kelas penerima tawaran dan, pada bila-bila masa sebelum berakhir tempoh yang dalamnya tawaran pengambilalihan itu boleh diterima—

(a)

pembuat tawaran itu telah, menurut penerimaan tawaran pengambilalihan itu, memperoleh sebahagian (tetapi bukan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 355

semua) syer yang tawaran pengambilalihan itu berhubungan dengannya atau syer mana-mana kelas yang dimaksudkan oleh tawaran pengambilalihan itu; dan

(b)

syer itu, dengan atau tanpa mana-mana syer lain atau mana-mana syer lain daripada kelas itu yang dimaksudkan oleh tawaran pengambilalihan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang pembuat tawaran atau orang yang bertindak bersama-sama itu telah memperoleh amaun tidak kurang daripada sembilan per sepuluh nilai daripada semua syer penerima tawaran itu atau daripada kelas penerima tawaran, pemegang mana-mana syer atau mana-mana kelas syer yang dimaksudkan oleh tawaran pengambilalihan itu boleh, melalui notis kepada pembuat tawaran itu, menghendakinya supaya memperoleh syer itu, dan pembuat tawaran itu adalah terikat untuk memperoleh syer itu atas terma tawaran pengambilalihan itu atau apa-apa terma lain sebagaimana yang dipersetujui.

(2)

Dalam masa satu bulan dari masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pembuat tawaran itu hendaklah memberi mana-mana pemegang syer yang tidak menerima tawaran pengambilalihan itu, notis mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya mengenai hak yang boleh dijalankan olehnya di bawah subseksyen (1) dan, jika notis itu diberikan sebelum tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), notis itu hendaklah menentukan bahawa tawaran pengambilalihan itu masih terbuka untuk penerimaan.

(3)

Notis di bawah subseksyen (2) boleh menentukan tempoh bagi penjalanan hak yang diberikan oleh seksyen ini dan dalam hal itu hak itu tidak boleh dijalankan selepas berakhirnya tempoh itu; tetapi tempoh sedemikian tidak boleh berakhir kurang daripada tiga bulan selepas berakhirnya tempoh yang dalamnya tawaran pengambilalihan itu boleh diterima.

(4)

Subseksyen (2) tidak terpakai jika pembuat tawaran itu telah memberi pemegang syer itu notis berkenaan dengan syer yang berkenaan di bawah subseksyen 222(1).

356 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Permohonan kepada mahkamah

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules