Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
221. Dokumen, maklumat, dsb., yang palsu atau mengelirukan
Feedback & supportJika apa-apa dokumen atau maklumat dikehendaki dikemukakan kepada Suruhanjaya berhubung dengan sesuatu tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa—
seorang pengambil, pembuat tawaran atau orang yang membuat pengambilan paksa atau melaksanakan suatu percantuman, pegawai atau sekutunya;
seorang penerima tawaran, pegawai atau sekutunya;
seorang penasihat kewangan atau pakar; atau
mana-mana orang lain, tidak boleh—
mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa dokumen atau maklumat yang palsu atau mengelirukan;
memberikan atau menyebabkan diberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang daripadanya terdapat peninggalan yang material; atau
terlibat dalam kelakuan yang diketahuinya sebagai mengelirukan atau memperdayakan atau berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan.
Adalah menjadi suatu pembelaan kepada suatu pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, setelah membuat siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 351
untuk mempercayai, dan sehingga masa dokumen atau maklumat itu diberikan atau penglibatannya dalam kelakuan itu, sememangnya mempercayai bahawa—
dokumen atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan;
peninggalan itu tidaklah material;
tidak terdapat peninggalan material; atau
kelakuan yang berkenaan tidak mengelirukan atau memperdayakan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.