Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
218D. Akses kepada buku, akaun dan rekod, dsb
Feedback & supportApabila diminta oleh penasihat bebas atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 218A, penerima tawaran dan mana-mana pengarahnya, pegawai eksekutif atau
346 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
setiausaha, pekerja atau ejennya hendaklah memberi akses kepada apa-apa maklumat, buku, akaun dan rekod dan apa-apa aset yang dipegang oleh penerima tawaran itu yang berhubungan dengan urusannya.
Seorang penerima tawaran dan mana-mana pengarahnya, pegawai eksekutif, setiausaha, pekerja atau ejennya yang dilantik oleh penerima tawaran, hendaklah menjawab semua soalan yang berkaitan dengan penyediaan pekeliling penasihat bebas yang dikemukakan kepadanya oleh penasihat bebas.