Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

220. Section 220

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan subseksyen 218(4), jika mana-mana orang yang di bawah suatu obligasi untuk mematuhi, menuruti atau melaksanakan peruntukan di dalam Penggal ini, Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, melanggar atau tidak mematuhi, menuruti atau melaksanakan mana-mana peruntukan atau arahan,

Suruhanjaya boleh mengambil satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:

(a)

mengarahkan orang yang mungkir itu mematuhi, menuruti atau melaksanakan mana-mana peruntukan Penggal ini,

Kod, garis panduan, arahan, nota amalan atau arahan itu;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 347

(b)

mengenakan penalti yang sepadan dengan beratnya kemungkiran itu ke atas orang yang mungkir itu, tetapi dalam apa jua keadaan tidak melebihi satu juta ringgit;

(c)

mencela orang yang mungkir itu;

(d)

menghendaki sesuatu bursa saham atau bursa derivatif supaya tidak memberikan akses kepada orang yang mungkir itu, secara langsung atau tidak langsung, untuk menggunakan kemudahan bursa saham atau bursa derivatif itu;

(da)

melarang orang yang mungkir itu daripada mendapat akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada pasaran modal;

(e)

jika orang yang mungkir itu adalah suatu perbadanan yang disenaraikan, menghendaki bursa saham—

(i)

untuk menggantung dagangan dalam sekuriti perbadanan itu;

(ii)

untuk menggantung penyenaraian perbadanan itu;

atau

(iii)

untuk mengeluarkan perbadanan itu atau kelas sekuriti perbadanan itu daripada senarai rasmi;

(f)

jika orang yang mungkir itu ialah suatu perbadanan yang tidak disenaraikan, menghendaki mana-mana bursa saham melarang penyenaraian mana-mana sekuritinya;

(g)

(Dipotong oleh Akta A1499).

(h)

menghendaki orang yang mungkir itu supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh

Suruhanjaya untuk meremedi kemungkiran itu atau mengurangkan kesan kemungkiran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan oleh kemungkiran itu;

348 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(i)

jika orang yang mungkir itu ialah seorang penasihat, enggan untuk menerima atau menimbang apa-apa pengemukaan yang berhubungan dengan apa-apa perkara di bawah Penggal ini daripada orang itu.

(2)

Suruhanjaya hendaklah memberikan notis bertulis kepada orang yang mungkir mengenai niatnya hendak mengambil tindakan di bawah subseksyen (1) dan hendaklah memberi orang yang mungkir itu peluang untuk didengar sebelum Suruhanjaya mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1).

(3)

Mahkamah boleh, dalam hal jika Suruhanjaya memberikan arahan di bawah perenggan (1)(a) atau (h), apabila dibuat permohonan oleh Suruhanjaya, membuat perintah mengarahkan orang yang melanggar itu supaya mematuhi, menuruti atau melaksanakan peruntukan Kod, garis panduan, arahan, nota amalan atau arahan.

(4)

Bagi maksud perenggan (1)(h), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi hendak dibuat oleh seseorang yang mungkir itu,

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—

(a)

keuntungan yang telah terakru kepada orang yang mungkir itu; atau

(b)

sama ada seorang atau lebih telah menanggung kerugian atau telah selainnya terjejas akibat kemungkiran itu.

(5)

Jika seseorang tidak mematuhi penalti yang dikenakan oleh

Suruhanjaya di bawah perenggan (1)(b), penalti yang dikenakan oleh

Suruhanjaya itu boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia.

(6)

Tanpa menjejaskan mana-mana remedi lain, jika suatu arahan di bawah perenggan (1)(h) memperuntukkan orang yang mungkir untuk membuat restitusi dalam bentuk pembayaran wang, dan orang yang mungkir itu tidak membayar restitusi itu, Suruhanjaya boleh membawa guaman dan mendapatkan kembali restitusi itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan oleh kemungkiran itu.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 349

(7)

Setakat yang apa-apa amaun yang diperoleh di bawah perenggan (1)(h) atau subseksyen (6) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan untuk mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—

(a)

dibayar kepada Dana Pembangunan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau

(b)

dipegang oleh Suruhanjaya untuk membiayai—

(i)

kos untuk memajukan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau

(ii)

kos pengawalseliaan pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.

(8)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang

Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini atau mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti terhadap orang yang mungkir itu.

(8A)

Jika seseorang tidak mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh melucutkan orang itu daripada mana-mana perkhidmatan pasaran modal dengan menghendaki orang berlesen, orang berdaftar atau penyedia perkhidmatan pasaran modal untuk tidak bertindak atau terus bertindak bagi orang itu, bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(9)

Bagi maksud seksyen ini—

“kemungkiran” ertinya suatu kegagalan untuk mematuhi, menuruti, atau melaksanakan peruntukan Penggal ini, Kod, garis panduan, arahan, nota amalan atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya, dalam hal keadaan yang terdapat suatu obligasi untuk berbuat demikian;

350 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

“orang yang mungkir” ertinya seseorang yang gagal mematuhi, menuruti, atau melaksanakan peruntukan-peruntukan Penggal ini,

Kod, garis panduan, arahan, nota amalan atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, dalam hal keadaan orang itu di bawah obligasi untuk berbuat demikian.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules