Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
218. Pematuhan Kod, garis panduan, nota amalan dan arahan
Feedback & supportSeseorang yang membuat suatu tawaran pengambilalihan hendaklah berbuat demikian mengikut peruntukan Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya.
Tertakluk pada seksyen 219, seorang pengambil tawaran yang telah mendapat kawalan dalam suatu syarikat hendaklah membuat tawaran pengambilalihan bagi syer mengundi yang tinggal mengikut peruntukan Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Tertakluk pada seksyen 219, seorang pengambil yang telah mendapat kawalan tidak boleh memperoleh apa-apa syer mengundi tambahan dalam syarikat itu kecuali mengikut peruntukan Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.