Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

229. Tawaran dan pelawaan terkecuali

Feedback & support
(1)

Sesuatu tawaran bagi langganan atau pembelian, atau sesuatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti ialah suatu tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali jika—

(a)

tawaran atau pelawaan itu dinyatakan dalam Jadual 6; atau

(b)

tawaran atau pelawaan itu dibuat kepada seseorang atau kelas orang, atau dibuat berkenaan dengan sekuriti atau kelas sekuriti, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, sebagai suatu tawaran terkecuali atau suatu pelawaan terkecuali.

(2)

Jadual 6 atau suatu penetapan yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) boleh menentukan peruntukan Akta ini yang tidak terpakai bagi suatu tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali.

(3)

Suatu memorandum maklumat yang diterbitkan oleh seseorang atau ejennya yang berupa sebagai memperihalkan urusan dan hal ehwal orang itu berkenaan dengan—

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 361

(a)

mana-mana tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali yang dinyatakan dalam Jadual 6; atau

(b)

mana-mana tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada seseorang atau kelas orang atau mana-mana tawaran atau pelawaan berhubung dengan sekuriti atau kelas sekuriti yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b), hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus setakat yang memorandum itu berhubung dengan tanggungan orang itu atau ejennya bagi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat peninggalan yang material.

(4)

Seseorang yang menerbitkan memorandum maklumat yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah mendepositkan suatu salinan memorandum maklumat itu dengan Suruhanjaya dalam masa tujuh hari selepas memorandum maklumat itu mula-mula diterbitkan.

(5)

Perenggan 17 Jadual 6 tidak terpakai bagi mana-mana sekuriti atau kelas sekuriti mana-mana syarikat persendirian atau kelas syarikat persendirian sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor

Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules