Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

222. Pengambilan paksa

Feedback & support
(1)

Jika seorang pembuat tawaran telah—

(a)

membuat suatu tawaran pengambilalihan untuk semua syer atau semua syer dalam mana-mana kelas tertentu penerima tawaran; dan

(b)

menerima penerimaan tidak kurang daripada sembilan per sepuluh nilai nominal syer yang dibuat tawaran, pembuat tawaran boleh, dalam masa empat bulan dari tarikh tawaran pengambilalihan itu, memperoleh baki syer atau baki syer dalam mana-mana kelas tertentu penerima tawaran, dengan mengeluarkan suatu notis mengikut bentuk atau cara yang ditentukan oleh

Suruhanjaya bagi maksud itu, kepada semua pemegang syer menentang, dengan syarat notis itu—

(A)

dikeluarkan dalam masa dua bulan dari tarikh syarat-syarat di bawah perenggan (a) dan (b) dipenuhi; dan 352 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(B)

disertakan dengan suatu salinan akuan berkanun oleh pembuat tawaran itu bahawa syarat-syarat bagi pemberian notis itu telah dipenuhi.

(1A)

Bagi maksud perenggan (1)(b), penerimaan itu tidak termasuk syer yang telah dipegang pada tarikh tawaran pengambilalihan oleh pembuat tawaran atau orang yang bertindak bersama-sama.

(2)

Jika seseorang pembuat tawaran telah memberikan notis kepada mana-mana pemegang syer menentang di bawah subseksyen (1), pemegang syer menentang itu boleh, atas permintaan secara bertulis, dalam masa satu bulan dari tarikh notis itu, menghendaki pembuat tawaran itu memberikan secara bertulis nama dan alamat semua pemegang syer menentang yang lain sebagaimana yang ditunjukkan dalam daftar anggota, dan pembuat tawaran itu hanya memperoleh syer pemegang syer menentang itu selepas empat belas hari dari nama dan alamat itu diposkan kepada pemegang syer menentang itu.

(3)

Apabila notis dan akuan berkanun diberikan di bawah subseksyen (1), pembuat tawaran hendaklah mengikut subseksyen (7)

memperoleh syer itu atas terma tawaran pengambilalihan itu atau, jika tawaran pengambilalihan itu mengandungi dua atau lebih set terma alternatif, atas terma yang dinyatakan dalam tawaran pengambilalihan itu sebagaimana yang terpakai bagi pemegang syer menentang itu.

(4)

Mana-mana orang melakukan suatu kesalahan jika dia—

(a)

menghantar suatu salinan notis atau akuan berkanun di bawah subseksyen (1) yang tidak mengikut cara yang ditetapkan; atau

(b)

membuat suatu akuan berkanun menurut subseksyen (1)

atau menghantar pernyataan menurut subseksyen (2), dengan mengetahui bahawa akuan atau pernyataan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah palsu, atau tanpa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa ia adalah benar.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 353

(5)

Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (4), menjadi pembelaan bagi orang itu untuk membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan subseksyen itu.

(6)

Jika, semasa tempoh yang dalamnya suatu tawaran pengambilalihan boleh diterima, pembuat tawaran memperoleh atau membuat kontrak untuk memperoleh mana-mana syer yang dimaksudkan oleh tawaran pengambilalihan itu, selain menurut penerimaan tawaran pengambilalihan itu, maka jika—

(a)

nilai balasan yang baginya syer itu diperoleh atau dibuat kontrak untuk diperoleh (“balasan pemerolehan”) tidak pada masa itu melebihi nilai balasan yang ditentukan dalam terma tawaran pengambilalihan itu; atau

(b)

terma tawaran pengambilalihan itu kemudiannya disemak semula supaya apabila semakan itu diumumkan nilai balasan pemerolehan itu pada masa yang disebut dalam perenggan (a) tidak lagi melebihi nilai balasan yang ditentukan dalam terma itu, pembuat tawaran itu hendaklah dianggap, bagi maksud seksyen ini, sebagai telah memperoleh atau membuat kontrak untuk memperoleh syer itu menurut penerimaan tawaran pengambilalihan itu tetapi berhubung dengan mana-mana hal lain syer itu hendaklah dianggap sebagai tidak termasuk dalam syer yang dimaksudkan oleh tawaran pengambilalihan itu.

(7)

Tertakluk pada seksyen 224, jika suatu notis telah diberikan oleh pembuat tawaran di bawah subseksyen (1), pembuat tawaran hendaklah, selepas habis tempoh satu bulan dari tarikh notis itu diberikan, atau jika subseksyen (2) terpakai selepas empat belas hari dari tarikh pernyataan itu diposkan kepada pemegang syer menentang—

(a)

menghantar suatu salinan notis kepada penerima tawaran bersama dengan suatu surat cara pemindahan yang

354 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

disempurnakan bagi pihak semua pemegang syer menentang itu oleh pembuat tawaran itu; dan

(b)

membayar, menguntukkan atau memindahkan amaun atau balasan lain kepada penerima tawaran itu bagi syer yang dimaksudkan oleh notis itu, dan penerima tawaran itu hendaklah sesudah itu mendaftarkan pembuat tawaran itu sebagai pemegang syer itu.

(8)

Apa-apa jumlah wang yang diterima oleh penerima tawaran di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam akaun bank yang berasingan, dan apa-apa jumlah wang itu dan apa-apa balasan lain yang diterima sedemikian hendaklah dipegang oleh penerima tawaran itu sebagai amanah bagi orang yang berhak kepada syer itu yang mengenainya jumlah wang atau balasan lain itu diterima.

(9)

Jika apa-apa balasan selain wang tunai dipegang sebagai amanah oleh suatu syarikat bagi mana-mana orang di bawah seksyen ini, ia boleh, selepas habis tempoh sepuluh tahun dari tarikh balasan itu dibayar, diuntukkan atau dipindahkan kepadanya, memindahkan balasan itu kepada Menteri.

(10)

Menteri hendaklah menjual atau melupuskan apa-apa balasan yang diterima di bawah subseksyen (9) mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut dan hendaklah menguruskan hasil jualan atau pelupusan itu seolah-olah ia ialah wang yang dibayar kepadanya menurut undang-undang yang berhubungan dengan wang tidak dituntut.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules