Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
216. Tafsiran
Feedback & supportDalam
Penggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“berhubung dengan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya berhubung mengikut erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 6
*Akta Syarikat 1965;
“institusi ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Institut Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
“kawalan” ertinya pengambilan atau pemegangan, atau hak untuk menggunakan atau mengawal penggunaan, syer mengundi atau hak mengundi sebanyak lebih daripada tiga puluh tiga peratus, atau apa-apa amaun lain sebagaimana yang ditetapkan dalam Kod dalam sesuatu syarikat, walau bagaimana jua pun dijalankan;
“Kod” ertinya Kod Malaysia mengenai Pengambilalihan dan
Percantuman yang dibuat mengikut seksyen 217;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 339
“pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan dan mana-mana orang lain yang profesionnya memberi kewibawaan kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;
“pembuat tawaran” ertinya seseorang yang membuat atau mencadangkan untuk membuat suatu tawaran pengambilalihan;
“pemegang syer” ertinya pemegang syer dalam syarikat atau pemegang unit dalam sesuatu entiti yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
“penerima tawaran” ertinya suatu syarikat yang syer mengundi atau hak mengundinya adalah tertakluk pada suatu tawaran pengambilalihan;
“pengambil” ertinya—
seseorang yang mengambil atau bercadang mengambil kawalan dalam sesuatu syarikat sama ada pengambilan itu dilaksanakan oleh orang itu atau oleh seorang ejen; atau
dua orang atau lebih yang, bertindak bersama-sama antara satu sama lain, mengambil atau bercadang mengambil kawalan dalam sesuatu syarikat, sama ada pengambilan itu dilaksanakan oleh orang itu atau oleh seorang ejen;
“saudara-mara yang terdekat” ertinya ibu, bapa, anak, abang, kakak, anak angkat atau anak tiri;
“syarikat”, berhubung dengan sesuatu syarikat yang diambil alih, ertinya—
suatu perbadanan disenaraikan di bursa saham;
suatu syarikat awam sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya; atau
apa-apa entiti lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya;
340 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
“syer” kecuali bagi maksud seksyen 222, 223 dan 224, ertinya suatu syer yang bukan syer keutamaan, dalam sesuatu syarikat, atau suatu unit dalam sesuatu entiti yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
“syer mengundi” ertinya suatu syer yang memberi hak kepada pemegang syer untuk mengundi di mesyuarat agung;
“tawaran pengambilalihan” ertinya sesuatu tawaran yang dibuat untuk mengambil semua atau sebahagian syer mengundi atau hak mengundi, atau mana-mana kelas atau kelas-kelas syer mengundi atau hak mengundi, dalam suatu syarikat dan termasuklah—
suatu transaksi pengambilalihan atau percantuman walau bagaimana jua pun dijalankan yang mempunyai kesan atau berpotensi untuk mempunyai kesan mendapatkan atau mengukuhkan kawalan dalam syarikat itu;
suatu tawaran separa; atau
suatu tawaran pengambilalihan oleh suatu syarikat induk bagi syer mengundi atau hak mengundi dalam subsidiarinya.
Bagi maksud Penggal ini, sebutan mengenai “orang yang bertindak bersama-sama” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang yang, menurut suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman, bekerjasama untuk—
memperoleh secara bersesama atau berasingan syer mengundi sesuatu syarikat bagi maksud mendapatkan kawalan syarikat itu; atau
bertindak secara bersesama atau berasingan bagi maksud menjalankan kawalan ke atas sesuatu syarikat.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama melainkan jika dibuktikan sebaliknya:
sesuatu perbadanan dan perbadanan yang berhubungan dan perbadanan sekutunya;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 341
sesuatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau saudara-mara terdekat mana-mana pengarahnya, atau suami atau isteri mana-mana pengarah itu atau mana-mana saudara-mara sedemikian, atau mana-mana amanah yang berhubungan;
sesuatu perbadanan dan mana-mana kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;
seseorang dan mana-mana syarikat pelaburan, unit amanah atau kumpulan wang lain yang pelaburannya diuruskan oleh orang itu atas dasar budi bicaranya;
seseorang penasihat kewangan dan kliennya yang merupakan suatu perbadanan, jika penasihat kewangan itu menguruskan atas dasar budi bicaranya kumpulan wang perbadanan itu dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih syer mengundi dalam perbadanan itu;
seseorang yang memiliki atau mengawal dua puluh peratus atau lebih syer mengundi sesuatu perbadanan yang tergolong dalam perenggan (a) dan mana-mana saudara-mara terdekat orang itu, atau suami atau isteri orang itu atau mana-mana saudara-mara sedemikian, atau mana-mana amanah yang berhubungan bersama-sama dengan seorang atau beberapa orang yang tergolong dalam perenggan (a);
pekongsi sesuatu perkongsian;
seorang individu dan mana-mana orang yang pada kebiasaannya bertindak mengikut arahan individu itu, dan saudara-mara terdekat, syarikat yang dikawal oleh, atau mana-mana amanah yang berhubungan dengan, individu itu;
dan
seseorang, selain suatu bank berlesen atau institusi ditetapkan, yang, secara langsung atau tidak langsung, memperuntukkan kewangan atau bantuan kewangan, berkaitan dengan pemerolehan syer mengundi atau hak
342 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
mengundi, dengan seseorang yang menerima apa-apa kewangan atau bantuan kewangan itu.
Berhubung dengan tawaran pengambilalihan suatu entiti selain perbadanan atau syarikat awam, Suruhanjaya boleh menentukan orang yang boleh dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama.
Bagi maksud subseksyen (2), suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman ertinya suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman sama ada formal atau tidak formal, sama ada bertulis atau lisan, sama ada nyata atau tersirat atau sama ada atau tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang atau ekuiti.
Bagi maksud perenggan (3)(a), suatu perbadanan bersekutu ertinya suatu perbadanan yang berkenaan dengannya tidak kurang daripada dua puluh peratus syer mengundi perbadanan itu dipegang oleh perbadanan lain, perbadanan yang mula-mula disebut dengan itu menjadi perbadanan sekutu perbadanan yang satu lagi.
Bagi maksud seksyen 222, 223 dan 224—
“pemegang syer menentang” termasuklah mana-mana pemegang syer dan pemegang sekuriti boleh ubah, yang belum menerima tawaran pengambilalihan dan mana-mana pemegang syer yang telah gagal atau enggan untuk membuat pemindahan syer kepada seorang pengambil mengikut tawaran pengambilalihan;
“sekuriti boleh tukar” ertinya sekuriti seperti waran, opsyen dan sekuriti lain yang dikeluarkan oleh penerima tawaran yang boleh ditukar kepada syer mengundi baharu penerima tawaran;
“syer” ertinya suatu syer mengundi, dalam suatu syarikat, atau suatu unit dalam entiti yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dan termasuklah sekuriti boleh tukar seolah-olah sekuriti itu ialah sekuriti kelas berasingan suatu syarikat dan mana-mana sebutan mengenai pemegang syer, dan syer yang telah diperuntukkan, hendaklah dibaca sewajarnya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 343