Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

218A. Kuasa Suruhanjaya untuk melantik penasihat bebas

Feedback & support
(1)

Jika penerima tawaran gagal untuk melantik seorang penasihat bebas sebagaimana yang dikehendaki di bawah Kod,

Suruhanjaya boleh, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa demi kepentingan pemegang saham penerima tawaran untuk berbuat demikian, melantik seorang penasihat bebas atau orang lain atau kumpulan orang sebagaimana yang diputuskan oleh Suruhanjaya, untuk memberi komen, pendapat, maklumat dan syor mengenai tawaran pengambilalihan itu dalam suatu pekeliling penasihat bebas.

(2)

Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa keseluruhan atau mana-mana bahagian kos dan perbelanjaan seorang penasihat bebas, orang atau kumpulan orang yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini patut ditanggung oleh penerima tawaran yang berkenaan,

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 345

Suruhanjaya boleh, melalui perintah secara bertulis, mengarahkan penerima tawaran membayar suatu amaun yang ditentukan, yang merupakan keseluruhan atau sebahagian daripada kos dan perbelanjaan itu, dalam masa dan mengikut cara yang ditentukan.

(3)

Jika penerima tawaran itu tidak mematuhi perintah

Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), amaun yang dinyatakan dalam perintah itu boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan kembali oleh Suruhanjaya dalam mahkamah sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Suruhanjaya.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules