Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

230. Terbitan terkecuali

Feedback & support
(1)

Sesuatu terbitan sekuriti ialah suatu terbitan terkecuali jika—

(a)

terbitan itu dinyatakan sedemikian dalam Jadual 7; atau

(b)

terbitan itu dibuat kepada seseorang atau golongan orang, atau dibuat berkenaan dengan sekuriti atau kelas sekuriti, yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Jadual 7 atau suatu penetapan yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) boleh menentukan peruntukan Akta ini yang tidak terpakai bagi sesuatu terbitan terkecuali.

362 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(3)

Suatu memorandum maklumat yang diterbitkan oleh seseorang atau ejennya yang berupa sebagai memperihalkan urusan dan hal ehwal orang itu berkenaan dengan—

(a)

mana-mana terbitan terkecuali yang dinyatakan dalam

Jadual 7; atau

(b)

mana-mana terbitan sekuriti yang dibuat kepada seseorang atau berhubung dengan sekuriti atau kelas sekuriti yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b), hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus setakat yang memorandum itu berhubung dengan tanggungan orang itu atau ejennya bagi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat peninggalan yang material.

(4)

Seseorang yang menerbitkan memorandum maklumat yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah mendepositkan suatu salinan memorandum maklumat itu dengan Suruhanjaya dalam tempoh tujuh hari selepas memorandum maklumat itu mula-mula diterbitkan.

(5)

Perenggan 17 Jadual 7 tidak terpakai bagi mana-mana sekuriti atau kelas sekuriti mana-mana syarikat persendirian atau kelas syarikat persendirian sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor

Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules