Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
224. Section 224
Feedback & supportJika suatu notis diberikan di bawah subseksyen 222(1), mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana pemegang syer menentang dalam masa satu bulan dari tarikh notis itu diberikan—
memerintahkan bahawa pembuat tawaran itu tidak berhak dan tidak terikat untuk memperoleh syer itu; atau
menentukan terma pemerolehan itu yang berbeza daripada terma tawaran pengambilalihan itu.
Jika suatu permohonan kepada mahkamah masih belum selesai pada akhir tempoh yang disebut dalam subseksyen 222(2), subseksyen itu tidak mempunyai kuat kuasa sehingga permohonan itu telah diselesaikan.
Apabila pemegang mana-mana syer menjalankan haknya di bawah subseksyen 223(1), mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh pemegang syer atau pembuat tawaran itu, memerintahkan bahawa terma yang atasnya pembuat tawaran itu hendaklah memperoleh syer itu hendaklah sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Tiada perintah bagi kos boleh dibuat terhadap seorang pemegang syer yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1)
atau (3) melainkan jika mahkamah berpendapat bahawa—
permohonan itu adalah tidak perlu, tidak wajar atau menyusahkan; atau
terdapat kelengahan yang tidak munasabah dalam membuat permohonan itu atau kelakuan tidak munasabah pada pihak pemegang syer dalam menjalankan prosiding atas permohonan itu.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 357
Tertakluk pada subseksyen (6), mahkamah boleh, atas suatu permohonan yang dibuat oleh seorang pembuat tawaran yang tidak mendapat penerimaan setakat yang perlu untuk memberikan hak kepadanya untuk memberikan notis di bawah subseksyen 222(1), membuat suatu perintah memberikan kuasa kepada pembuat tawaran itu untuk memberikan notis di bawah subseksyen 222(1).
Mahkamah hanya boleh memberikan perintah di bawah subseksyen (5) apabila berpuas hati bahawa—
kegagalan pembuat tawaran itu untuk mendapatkan penerimaan yang sedemikian adalah disebabkan ketidakupayaannya mengesan seorang atau lebih orang yang memegang syer yang dimaksudkan oleh tawaran pengambilalihan itu selepas membuat siasatan yang munasabah;
syer yang telah diperoleh atau dibuat kontrak untuk diperoleh oleh pembuat tawaran itu menurut penerimaan tawaran pengambilalihan itu, bersama dengan syer yang dipegang oleh orang yang disebut dalam perenggan (a), adalah tidak kurang daripada amaun minimum yang ditentukan dalam subseksyen 222(1); dan
balasan yang ditawarkan adalah patut dan munasabah:
Dengan syarat bahawa mahkamah tidak boleh membuat perintah sedemikian melainkan jika mahkamah berpendapat bahawa adalah adil dan saksama untuk berbuat sedemikian dengan mengambil kira, khususnya, bilangan pemegang syer yang telah dikesan tetapi yang tidak menerima tawaran pengambilalihan itu.
358 Undang-Undang Malaysia AKTA 671