Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

240. Section 240

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan seksyen 235 dan 236, seseorang boleh menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti jika pada masa terbitan, tawaran atau pelawaan itu sedang berkuat kuasa—

(a)

suatu prospektus simpanan yang dikemaskinikan oleh suatu prospektus simpanan tambahan;

(b)

suatu prospektus pendek; atau

(c)

suatu pernyataan profil, yang berhubungan dengan semua perkara yang diperuntukkan oleh

Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berkenaan dengan suatu prospektus simpanan, prospektus simpanan tambahan, prospektus pendek atau pernyataan profil, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 379

(2)

Peraturan-peraturan yang disebut di bawah subseksyen (1)

boleh memperuntukkan bagi, tetapi tidak terhad kepada, perkara yang berikut:

(a)

suatu prospektus simpanan, termasuk prospektus simpanan tambahan;

(b)

suatu prospektus pendek;

(c)

suatu pernyataan profil;

(d)

tempoh yang dalamnya seseorang dibenarkan untuk menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti berasaskan kepada suatu prospektus simpanan, yang dikemaskinikan oleh suatu prospektus simpanan tambahan, prospektus pendek atau pernyataan profil, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(e)

bentuk dan kandungan suatu prospektus yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c);

(f)

orang atau golongan orang yang baginya mana-mana prospektus yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c)

terpakai; atau

(g)

sekuriti atau kelas sekuriti yang baginya mana-mana prospektus yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c)

terpakai.

(3)

Jika Suruhanjaya membuat peraturan-peraturan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan suatu prospektus simpanan, prospektus simpanan tambahan, prospektus pendek atau pernyataan profil, peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan tanggungan berkenaan dengan pernyataan atau peninggalan dalam prospektus atau selainnya yang berhubungan dengan prospektus hendaklah terpakai bagi prospektus simpanan, prospektus simpanan tambahan, prospektus pendek atau pernyataan profil itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah mempunyai kesan dengan sewajarnya.

380 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules