288. Kehendak ke atas pemegang amanah dan surat ikatan
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap orang yang menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, apa-apa unit hendaklah—
memastikan bahawa seorang pemegang amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 289 dan yang layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290 dilantik;
membuat suatu surat ikatan yang didaftarkan di bawah seksyen 293 dan yang memenuhi kehendak seksyen 294
atau memastikan bahawa terdapat suatu surat ikatan yang sedang berkuat kuasa yang didaftarkan di bawah seksyen 293
dan yang memenuhi kehendak seksyen 294; dan
mematuhi kehendak dan peruntukan Akta ini.
Tiada seorang pun kecuali suatu syarikat pengurusan yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 289 atau seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak syarikat pengurusan yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 289 boleh—
484 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
menerbitkan;
menawarkan bagi langganan atau pembelian; atau
mempelawa mana-mana orang untuk melanggan atau membeli, apa-apa unit.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.