Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

303. Pengecualian bagi pemegang amanah daripada tanggungan dan menanggung rugi tanggungan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), suatu peruntukan atau waad yang terkandung dalam suatu surat ikatan atau terma sesuatu kontrak dengan pemegang unit adalah terbatal setakat yang peruntukan, waad atau terma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai kesan—

(a)

yang mengecualikan seseorang pemegang amanah di bawah surat ikatan itu daripada tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah; atau

(b)

yang menanggung rugi tanggungan seseorang pemegang amanah terhadap tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah.

(2)

Subseksyen (1) tidak boleh menidaksahkan—

(a)

apa-apa pelepasan yang selainnya diberikan secara sah berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh seseorang pemegang amanah sebelum pelepasan itu diberikan; atau

(b)

apa-apa peruntukan, waad atau terma yang membolehkan pelepasan sedemikian diberikan—

(i)

atas persetujuan bagi maksud itu oleh suatu majoriti yang tidak kurang daripada tiga per empat pemegang unit yang mengundi dalam suatu mesyuarat yang dipanggil bagi maksud itu; dan

(ii)

sama ada mengenai tindakan atau peninggalan tertentu atau apabila pemegang amanah itu terhenti daripada bertindak.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 501

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules