292. Penggantian pemegang amanah
Feedback & supportJika tiada peruntukan dibuat dalam surat ikatan tentang pelantikan seorang pengganti bagi seseorang pemegang amanah yang bersara, syarikat pengurusan hendaklah, dalam masa satu bulan selepas menyedari niat pemegang amanah itu untuk bersara, melantik sebagai pengganti bagi pemegang amanah yang bersara itu seorang pemegang amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 289 dan yang merupakan seorang yang layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290.
Suruhanjaya boleh, atas permohonan syarikat pengurusan, seorang pemegang unit atau atas kehendaknya sendiri—
melantik, sebagai pemegang amanah, seseorang yang layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290 jika seorang pemegang
488 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
amanah tidak dilantik secara sah atau pemegang amanah itu tidak lagi wujud; atau
menamatkan pelantikan seseorang pemegang amanah yang sedia ada dan melantik sebagai ganti, sebagai pemegang amanah, seseorang yang layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290
jika—
pemegang amanah yang sedia ada tidak layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290;
pemegang amanah yang sedia ada gagal atau enggan bertindak mengikut peruntukan atau waad surat ikatan atau peruntukan Akta ini;
seorang penerima dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian yang substansial aset atau pengusahaan pemegang amanah yang sedia ada dan belum berhenti bertindak di bawah pelantikan itu, atau suatu petisyen dikemukakan bagi penggulungan pemegang amanah yang sedia ada (selain bagi maksud dan diikuti oleh suatu penyusunan semula, melainkan jika semasa atau berikutan dengan penyusunan semula itu pemegang amanah yang sedia ada itu menjadi atau diisytiharkan sebagai tidak solven); atau
pemegang amanah itu sedang disiasat bagi kelakuan yang melanggar Akta Syarikat Amanah 1949, Akta
Pemegang Amanah 1949, *Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang sekuriti.
Kecuali bagi subperenggan 2(a)(ii), seseorang pemegang amanah hendaklah diberi peluang untuk didengar sebelum
Suruhanjaya mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (2).
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 489
Sesuatu syarikat pengurusan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.