295. Ubah suaian surat ikatan melalui surat ikatan tambahan
Feedback & supportSuatu ubah suaian boleh dibuat kepada suatu surat ikatan hanya oleh suatu surat ikatan yang dinyatakan sebagai tambahan kepada surat ikatan utama itu dan dikemukakan oleh syarikat pengurusan kepada Suruhanjaya bagi pendaftaran, dan suatu surat ikatan tambahan tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika didaftarkan sedemikian.
Suruhanjaya boleh, atas suatu permohonan untuk pendaftaran suatu surat ikatan tambahan—
mendaftarkan surat ikatan tambahan itu;
mendaftarkan surat ikatan tambahan itu dengan apa-apa semakan atau tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut; atau
enggan mendaftarkan surat ikatan tambahan itu.
Suruhanjaya hendaklah enggan mendaftarkan suatu surat ikatan tambahan di bawah perenggan (2)(c) jika Suruhanjaya mendapati bahawa surat ikatan tambahan itu tidak mematuhi kehendak Akta ini atau mana-mana kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Surat ikatan tambahan yang dikemukakan untuk pendaftaran hendaklah disertai dengan—
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 491
suatu resolusi oleh tidak kurang daripada dua per tiga daripada semua pemegang unit dalam suatu mesyuarat pemegang unit yang bersidang dan diadakan dengan sewajarnya mengikut peruntukan dan waad surat ikatan yang membolehkan ubah suaian yang dicadangkan dibuat kepada surat ikatan itu; atau
suatu pernyataan daripada pemegang amanah dan syarikat pengurusan yang memperaku bahawa pada pendapat mereka ubah suaian, pengubahan atau penambahan itu tidak memudaratkan secara material kepentingan pemegang unit dan tidak mempunyai kesan yang boleh melepaskan pemegang amanah atau syarikat pengurusan itu daripada apa-apa tanggungjawab kepada pemegang unit.
Suruhanjaya boleh menghendaki syarikat pengurusan, dalam apa-apa permohonan untuk pendaftaran suatu surat ikatan tambahan, supaya mendapatkan suatu resolusi di bawah perenggan (4)(a) jika pada pendapat Suruhanjaya apa-apa ubah suaian, pengubahan atau penambahan kepada surat ikatan itu boleh memudaratkan kepentingan pemegang unit.
Suatu surat ikatan tambahan yang mencadangkan ubah suaian, pengubahan atau penambahan kepada surat ikatan yang—
akan menaikkan bayaran perkhidmatan atau fi pengurusan tahunan yang maksimum yang kena dibayar kepada syarikat pengurusan, sama ada pembayaran dibuat daripada harta atau aset skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu atau selainnya; atau
akan menaikkan bayaran maksimum yang dibenarkan untuk dibuat daripada harta atau aset skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan kepada pemegang amanah dalam bentuk saraan bagi perkhidmatan pemegang amanah itu, hendaklah dikemukakan untuk pendaftaran bersama dengan suatu resolusi di bawah perenggan (4)(a).
492 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Suatu surat ikatan tambahan apabila didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada surat ikatan yang dimaksudkan oleh surat ikatan tambahan itu bagi maksud
Akta ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Surat ikatan hendaklah diserah simpan dengan Suruhanjaya