Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

289. Kelulusan bagi pemegang amanah dan syarikat pengurusan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh bertindak atau dilantik untuk bertindak sebagai pemegang amanah atau sebagai suatu syarikat pengurusan berhubung dengan suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan tanpa mendapatkan kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu untuk bertindak sebagai pemegang amanah atau sebagai suatu syarikat pengurusan.

(2)

Suruhanjaya boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, meluluskan—

(a)

suatu syarikat untuk bertindak sebagai suatu syarikat pengurusan suatu skim unit amanah atau suatu skim pelaburan ditetapkan; dan

(b)

seseorang yang layak untuk dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290, untuk bertindak sebagai pemegang amanah suatu skim unit amanah atau suatu skim pelaburan ditetapkan.

(3)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, disebabkan oleh pelanggaran suatu terma atau syarat yang tertakluk padanya kelulusan diberi di bawah Penggal ini atau disebabkan oleh pelanggaran Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti, membatalkan kelulusan itu.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 485

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat lain sebagaimana yang difikirkannya patut semasa kelulusan masih berkuat kuasa, tetapi jika terma dan syarat yang dicadangkan untuk dikenakan itu berkemungkinan akan memudaratkan kepentingan syarikat pengurusan atau pemegang amanah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

Suruhanjaya hendaklah memberi syarikat pengurusan atau pemegang amanah itu suatu peluang untuk didengar.

(5)

Suatu permohonan untuk mendapatkan suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa tatacara atau kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(6)

Seseorang pemegang amanah atau sesuatu syarikat pengurusan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules