297. Kewajipan syarikat pengurusan
Feedback & supportSuatu syarikat pengurusan yang dikehendaki membuat suatu surat ikatan di bawah seksyen 288—
hendaklah menjalankan dan mengendalikan perniagaannya dan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan cara yang betul, tekun dan cekap;
hendaklah menjalankan dan mengendalikan perniagaannya mengikut peruntukan dan waad surat ikatan itu, peruntukan
Akta ini, mana-mana undang-undang sekuriti dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
hendaklah memberikan suatu salinan surat ikatan itu kepada seorang pemegang unit atau seorang pemegang amanah apabila diminta suatu salinan surat ikatan itu dan apabila dibayar apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikenakan oleh syarikat pengurusan;
hendaklah menjadikan tersedia semua rekod kewangan atau rekod lain bagi suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan untuk diperiksa oleh—
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 493
seorang pemegang amanah;
seorang pegawai atau pekerja pemegang amanah yang diberi kuasa oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu; atau
seorang juruaudit syarikat yang diluluskan yang dilantik oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu, dan memberikan mana-mana orang yang menjalankan pemeriksaan itu apa-apa maklumat, penerangan atau bantuan lain yang dikehendaki oleh mereka berhubung dengan rekod itu; dan
hendaklah membuat suatu salinan surat ikatan itu tersedia bagi pemeriksaan oleh mana-mana orang awam tanpa bayaran.
Kecuali sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 378, suatu syarikat pengurusan tidak boleh bertindak sebagai prinsipal dalam penjualan dan pembelian sekuriti, harta dan aset kepada dan daripada skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan.
Sesuatu syarikat pengurusan tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya dalam menguruskan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan untuk mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, manfaat bagi dirinya sendiri atau bagi mana-mana orang lain atau menyebabkan kemudaratan kepada kepentingan pemegang unit mana-mana skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan.
Sesuatu syarikat pengurusan tidak boleh, tanpa mendapatkan kelulusan pemegang amanah terlebih dahulu, melaburkan apa-apa wang yang ada di bawah surat ikatan itu dalam mana-mana sekuriti, harta dan aset yang mengenainya syarikat pengurusan atau mana-mana pegawai syarikat pengurusan itu mempunyai kepentingan kewangan atau yang daripadanya syarikat pengurusan atau mana-mana pegawai syarikat pengurusan itu mendapat sesuatu faedah.
494 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Syarikat pengurusan yang melanggar perenggan (1)(a) tidak melakukan suatu kesalahan.
Syarikat pengurusan yang melanggar perenggan (1)(c), (d)
atau (e) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Syarikat pengurusan yang melanggar perenggan (1)(b) atau subseksyen (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan.
Jika suatu syarikat pengurusan melanggar perenggan (1)(c), (d)
atau (e), Suruhanjaya boleh mengarahkan syarikat pengurusan itu supaya mematuhi kesemua atau mana-mana peruntukan perenggan itu.
Syarikat pengurusan yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan menurut subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan.
Kewajipan syarikat pengurusan untuk menyerah simpan penyata, dsb.