282. Kuasa khusus mahkamah
Feedback & supportJika seseorang peminjam, pemegang amanah atau
Suruhanjaya memohon kepada mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah peruntukan Akta ini atau menurut mana-mana terma, peruntukan atau waad sesuatu debentur atau sesuatu surat ikatan amanah, mahkamah boleh membuat mana-mana atau kesemua perintah yang berikut:
suatu perintah yang menggantung tindakan atau prosiding sivil yang lain di mahkamah oleh atau terhadap seseorang peminjam atau penjamin;
suatu perintah yang menahan seseorang peminjam daripada membayar apa-apa wang kepada pemegang debentur atau pemegang apa-apa kelas debentur lain;
suatu perintah bahawa apa-apa jaminan bagi debentur itu dikuatkuasakan dengan serta-merta atau pada suatu masa yang diarahkan oleh mahkamah, sama ada atau tidak debentur itu tidak boleh ditebus atau boleh ditebus hanya pada masa berlakunya suatu kontingensi;
suatu perintah yang melantik seorang penerima bagi apa-apa harta yang merupakan jaminan bagi debentur itu;
suatu perintah yang menyekat pengiklanan oleh seseorang peminjam untuk mendapatkan deposit atau pinjaman;
suatu perintah yang menyekat pinjaman oleh peminjam;
suatu perintah yang mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat oleh mahkamah di bawah Akta ini; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 479
apa-apa perintah lain yang difikirkan patut oleh mahkamah bagi melindungi kepentingan pemegang debentur sedia ada atau bakal pemegang debentur.
Dalam memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil kira hak kesemua pemiutang peminjam.
Subpenggal 2 – Am