290. Orang yang boleh menjadi pemegang amanah
Feedback & supportSeseorang tidak layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang unit tanpa kelulusan
Suruhanjaya jika orang itu—
ialah seorang pemegang saham yang memegang saham syarikat pengurusan secara benefisial;
adalah berhak secara benefisial kepada wang yang terhutang kepadanya oleh syarikat pengurusan; atau
ialah suatu perbadanan yang berhubungan dengan—
orang yang disebut dalam perenggan (a) dan (b); atau
syarikat pengurusan itu.
Suatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan oleh seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa tatacara atau kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
486 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), seseorang tidak terhalang daripada dilantik atau daripada bertindak sebagai pemegang amanah semata-mata oleh sebab bahawa—
wang yang terhutang oleh syarikat pengurusan kepada pemegang amanah atau mana-mana perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu ialah wang yang pemegang amanah itu atau mana-mana perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu berhak sebagai pemegang amanah, mengikut peruntukan atau waad surat ikatan itu; atau
pemegang amanah atau perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu, walaupun menjadi pemunya benefisial dalam saham syarikat pengurusan, tidak mempunyai hak untuk melaksanakan lebih daripada satu per dua puluh kuasa mengundi dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat pengurusan.
Suruhanjaya boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, meluluskan seseorang untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah jika suatu permohonan dibuat kepada Suruhanjaya menurut subseksyen (1).
Dalam menggunakan budi bicaranya di bawah subseksyen (4),
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—
kepentingan pemegang apa-apa unit; dan
keupayaan pemegang amanah untuk melindungi kepentingan pemegang unit sebagaimana yang dikehendaki oleh peruntukan dan waad surat ikatan dan peruntukan Akta ini.
Suruhanjaya boleh membatalkan suatu kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (4) jika pemegang amanah tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4)
atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 487
Seseorang pemegang amanah yang—
melanggar subseksyen (1);
melanggar suatu terma atau syarat yang dikenakan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pemegang amanah yang sedia ada hendaklah terus bertindak sehingga pemegang amanah yang baru mengambil alih jawatan