Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

298. Section 298

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat pengurusan—

(a)

hendaklah menyerah simpan dengan Suruhanjaya laporan tahunan suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan dalam masa dua bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu; dan

(b)

hendaklah menghantar serah kepada Suruhanjaya apa-apa penyata, dokumen, buku dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

(2)

Apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan atau dihantar serah kepada Suruhanjaya oleh sesuatu syarikat pengurusan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang daripada pengarah syarikat pengurusan itu.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 495

(3)

Suatu syarikat pengurusan hendaklah—

(a)

menghantar kepada tiap-tiap pemegang unit tanpa bayaran suatu salinan dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(a)

dalam masa dua bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu; dan

(b)

jika seseorang pemegang unit meminta apa-apa salinan tambahan dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(a), menghantarkan dokumen yang diminta kepada pemegang unit itu dalam masa dua bulan selepas permintaan itu diterima dan apabila dibayar suatu jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh syarikat pengurusan itu.

(4)

Suatu syarikat pengurusan hendaklah memastikan bahawa semua penyata kewangan yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan atau dihantar serah kepada Suruhanjaya atau yang dikehendaki untuk dibahagikan kepada mana-mana pemegang unit yang berhubungan dengan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan hendaklah mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan.

(5)

Suatu syarikat pengurusan yang melanggar subseksyen (1), (2), (3)

atau (4) melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules