283. Daftar pemegang debentur
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap peminjam yang menerbitkan debentur, yang bukan debentur yang boleh dipindah hakmilik melalui penghantarserahan, hendaklah menyimpan suatu daftar pemegang debentur di pejabat berdaftarnya atau di tempat lain di Malaysia.
Jika peminjam merupakan suatu syarikat, peminjam itu hendaklah mematuhi peruntukan seksyen 70 *Akta Syarikat 1965
yang berkaitan dengan obligasi menyimpan suatu daftar pemegang debentur dan cawangan daftar pemegang debentur.
Daftar itu hendaklah mengandungi butir-butir tentang—
nama dan alamat pemegang debentur; dan
amaun debentur yang dipegang oleh mereka.
Daftar itu hendaklah dibuka untuk pemeriksaan oleh pemegang debentur berdaftar atau pemegang saham peminjam kecuali apabila ditutup dengan sewajarnya di bawah subseksyen (5).
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
480 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Suatu daftar disifatkan ditutup dengan sewajarnya—
jika daftar itu ditutup mengikut peruntukan yang terkandung dalam—
dokumen konstituen peminjam;
debentur atau perakuan stok debentur;
surat ikatan amanah; atau
apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan atau yang menjamin debentur itu; dan
jika daftar ditutup selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana dokumen yang disebut dalam subperenggan (5)(a)(i), (ii), (iii) dan (iv), dengan syarat tempoh itu tidak melebihi, mengikut agregat, tiga puluh hari dalam mana-mana tahun kalendar.
Seseorang peminjam hendaklah, atas permintaan, memberikan suatu salinan daftar pemegang debentur, atau mana-mana bahagiannya, kepada tiap-tiap pemegang debentur berdaftar atau pemegang saham peminjam itu, apabila dibayar suatu jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh peminjam.
Salinan daftar pemegang debentur yang disebut dalam subseksyen (6) tidak perlu memasukkan butir-butir mana-mana pemegang debentur selain nama dan alamat pemegang debentur berdaftar dan debentur yang dipegang olehnya.
Jika pemeriksaan tidak dibenarkan, atau salinan tidak diberikan atau tidak disampaikan dalam masa yang munasabah selepas permintaan dibuat menurut seksyen ini, peminjam dan tiap-tiap pegawai peminjam yang ingkar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Seseorang peminjam yang menerbitkan debentur boleh menyimpan di mana-mana tempat di luar Malaysia suatu cawangan daftar pemegang debentur yang hendaklah disifatkan sebagai
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 481
sebahagian daripada daftar pemegang debentur peminjam, dan peruntukan Penggal 4 Bahagian V *Akta Syarikat 1965 hendaklah, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, terpakai bagi dan berhubung dengan penyimpanan suatu cawangan daftar pemegang debentur.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) hingga (9),
Suruhanjaya boleh, sama ada atas permohonan bertulis mana-mana peminjam yang disebut dalam subseksyen (1) atau atas kehendaknya sendiri, membuat suatu perintah yang melepaskan peminjam itu daripada, atau meluluskan apa-apa perubahan kepada, kehendak seksyen ini yang berhubungan dengan penyelenggaraan suatu daftar pemegang debentur, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
Seseorang peminjam dan tiap-tiap pegawai peminjam yang melanggar subseksyen (1), (3) atau (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Pelaksanaan spesifik