Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

300. Kewajipan pemegang amanah

Feedback & support
(1)

Seseorang pemegang amanah hendaklah menjaga dan mengawal segala sekuriti, harta dan aset suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan dan memegangnya atas amanah untuk pemegang unit mengikut surat ikatan, apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, peruntukan Akta ini, semua undang-undang sekuriti yang terpakai dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Seseorang pemegang amanah suatu surat ikatan yang dibuat di bawah seksyen 288 hendaklah—

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 497

(a)

memuaskan hatinya sendiri bahawa peruntukan suatu prospektus yang berhubungan dengan mana-mana skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan tidak mengandungi apa-apa perkara yang tidak selaras dengan peruntukan dan waad surat ikatan itu;

(b)

menjalankan usaha yang munasabah untuk memastikan sama ada syarikat pengurusan itu melakukan apa-apa pelanggaran peruntukan atau waad surat ikatan itu atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;

(c)

melakukan segala-galanya dalam kuasanya bagi memastikan bahawa syarikat pengurusan itu meremedi apa-apa pelanggaran yang diketahui oleh pemegang amanah terhadap peruntukan atau waad surat ikatan itu atau apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini melainkan jika pemegang amanah itu berpuas hati bahawa pelanggaran itu tidak akan memudaratkan secara material kepentingan pemegang unit;

(d)

memberitahu Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan tentang apa-apa ketidakteraturan, apa-apa pelanggaran peruntukan atau waad surat ikatan itu, apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini atau apa-apa yang tidak selaras antara peruntukan prospektus dengan peruntukan atau waad surat ikatan yang disebut dalam perenggan (a) yang, pada pendapat pemegang amanah, menandakan bahawa kepentingan pemegang unit tidak dijaga;

(e)

memberikan kepada pemegang unit suatu pernyataan yang menjelaskan kesan apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh syarikat pengurusan itu kepada pemegang unit dalam mana-mana mesyuarat yang—

(i)

diperintahkan oleh mahkamah berhubung dengan suatu skim perkiraan atau kompromi di bawah subseksyen 176(1) *Akta Syarikat 1965; atau

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

498 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(ii)

dipanggil oleh pemegang amanah itu di bawah seksyen 306; dan

(f)

mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepada pemegang amanah itu dalam mesyuarat pemegang unit yang disebut dalam seksyen 305, 306 atau 307, melainkan jika—

(i)

pemegang amanah itu berpendapat bahawa arahan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan atau waad surat ikatan atau peruntukan Akta ini atau selainnya boleh dibantah; dan

(ii)

pemegang amanah telah sama ada memperoleh, atau dalam proses untuk memperoleh, suatu perintah daripada mahkamah di bawah seksyen 314 untuk mengetepikan atau mengubah arahan itu.

(3)

Seorang pemegang amanah yang melanggar subseksyen (1)

atau (2) tidak melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules