Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

301. Kewajipan pemegang amanah untuk menggulung skim

Feedback & support
(1)

Jika suatu syarikat pengurusan dalam pelikuidasian atau jika, pada pendapat pemegang amanah, suatu syarikat pengurusan telah terhenti daripada menjalankan perniagaan atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan atau waad surat ikatan atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, sehingga memudaratkan pemegang unit, pemegang amanah itu hendaklah memanggil suatu mesyuarat pemegang unit—

(a)

dengan menghantar suatu notis melalui pos tentang mesyuarat yang dicadangkan itu sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, kepada setiap pemegang unit di alamat pemegang unit yang terakhir diketahui atau, dalam hal pemegang unit bersama, kepada pemegang unit bersama yang namanya tertera pertama sekali dalam rekod syarikat pengurusan itu di alamat pemegang unit bersama yang terakhir diketahui; dan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 499

(b)

dengan menyiarkan, sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, suatu iklan yang memberi notis tentang mesyuarat itu dalam satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan, dan dalam satu akhbar lain sebagaimana yang diluluskan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Jika dalam mana-mana mesyuarat yang dipanggil di bawah subseksyen (1), suatu ketetapan diluluskan oleh majoriti daripada bilangan yang mewakili sekurang-kurangnya tiga per empat daripada nilai unit yang dipegang oleh pemegang unit yang mengundi dalam mesyuarat itu supaya skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu digulung, pemegang amanah itu hendaklah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah yang mengesahkan ketetapan itu.

(3)

Mahkamah, atas permohonan oleh pemegang amanah itu, jika berpuas hati bahawa ketetapan itu adalah demi kepentingan pemegang unit, boleh mengesahkan ketetapan itu dan boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi penggulungan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu.

(4)

Pemegang amanah yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

tidak melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules