Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

299. Kewajipan syarikat pengurusan untuk menggantikan pemegang amanah

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat pengurusan hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk menggantikan seorang pemegang amanah secepat yang dapat dilaksanakan selepas menyedari bahawa—

(a)

pemegang amanah itu tidak lagi wujud;

(b)

pemegang amanah itu tidak dilantik secara sah;

(c)

pemegang amanah itu tidak layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290;

496 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(d)

pemegang amanah itu tidak atau enggan untuk bertindak sebagai pemegang amanah mengikut peruntukan atau waad surat ikatan atau peruntukan Akta ini;

(e)

seorang penerima dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian yang substansial aset atau pengusahaan pemegang amanah yang sedia ada dan belum terhenti bertindak di bawah pelantikan itu, atau suatu petisyen dikemukakan bagi penggulungan pemegang amanah yang sedia ada (selain bagi maksud dan diikuti oleh suatu penyusunan semula, melainkan jika semasa atau berikutan dengan penyusunan semula itu pemegang amanah yang sedia ada itu menjadi atau diisytiharkan sebagai tidak solven); atau

(f)

pemegang amanah itu sedang disiasat bagi kelakuan yang melanggar Akta Syarikat Amanah 1949, Akta Pemegang

Amanah 1949, *Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang sekuriti.

(2)

Suatu syarikat pengurusan yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules