Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

286. Terbitan semula debentur yang ditebus

Feedback & support
(1)

Jika seseorang peminjam menebus mana-mana debentur—

(a)

melainkan jika terdapat apa-apa peruntukan sebaliknya, sama ada secara nyata atau tersirat, yang terkandung dalam dokumen konstituen peminjam atau mana-mana kontrak yang dibuat oleh peminjam; atau

(b)

melainkan jika peminjam menunjukkan niat bahawa debentur itu akan dibatalkan dengan meluluskan suatu resolusi bagi maksud itu atau dengan apa-apa perbuatan lain, peminjam hendaklah mempunyai dan hendaklah disifatkan sebagai mempunyai kuasa untuk menerbitkan semula debentur itu, sama ada dengan menerbitkan semula debentur yang sama atau menerbitkan apa-apa debentur yang lain sebagai ganti.

(2)

Penerbitan semula sesuatu debentur atau penerbitan sesuatu debentur sebagai ganti suatu debentur lain di bawah subseksyen (1)

tidak boleh dikira sebagai suatu penerbitan debentur baru bagi maksud mana-mana peruntukan yang mengehadkan amaun atau bilangan debentur yang boleh diterbitkan oleh peminjam.

(3)

Selepas penerbitan semula, orang yang berhak kepada debentur itu hendaklah mempunyai dan hendaklah disifatkan sebagai mempunyai keutamaan yang sama seolah-olah debentur itu tidak pernah ditebus.

(4)

Jika seseorang peminjam mendepositkan mana-mana debenturnya untuk menjamin pendahuluan daripada suatu akaun semasa atau selainnya, debentur itu tidak boleh disifatkan telah ditebus

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 483

semata-mata oleh sebab akaun peminjam itu tidak lagi berada dalam keadaan debit pada masa debentur itu masih didepositkan sedemikian.

Skim unit amanah dan skim pelaburan ditetapkan

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules