Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

293. Pendaftaran surat ikatan

Feedback & support
(1)

Syarikat pengurusan hendaklah mengemukakan surat ikatan yang disebut dalam perenggan 288(1)(b) kepada Suruhanjaya untuk pendaftaran dan surat ikatan itu tidak boleh dikuatkuasakan melainkan jika didaftarkan sedemikian.

(2)

Suruhanjaya boleh, atas suatu permohonan untuk pendaftaran surat ikatan—

(a)

mendaftarkan surat ikatan itu;

(b)

mendaftarkan surat ikatan itu dengan apa-apa semakan atau tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut; atau

(c)

enggan mendaftarkan surat ikatan itu.

(3)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat mengikut apa-apa tatacara atau kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(4)

Suruhanjaya hendaklah enggan mendaftarkan suatu surat ikatan di bawah perenggan (2)(c) jika—

(a)

Suruhanjaya mendapati bahawa surat ikatan itu tidak mematuhi kehendak Akta ini atau apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;

(b)

skim unit amanah yang dirujuk dalam surat ikatan itu tidak diluluskan di bawah seksyen 214 atau dibenarkan atau diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 256C; atau

(c)

pemegang amanah yang disebut dalam perenggan 288(1)(a)

belum dilantik bagi maksud surat ikatan itu.

490 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(5)

Tertakluk pada subseksyen (4), Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan suatu surat ikatan bersama dengan suatu permohonan bagi pendaftaran surat ikatan itu.

Kandungan surat ikatan

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules