Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

139. Section 139

Feedback & support
(1)

Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat perkiraan dengan pihak berkuasa mana-mana negara di luar Malaysia, supaya hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera boleh dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 136, dalam institusi di bawah kawalan pihak berkuasa itu dan hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan dijalankan keseluruhan atau sebahagiannya dalam institusi itu mengikut Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan.

(2)

Kuasa yang diberikan kepada Menteri oleh seksyen 136 dan 137 hendaklah meliputi pembuatan peruntukan yang pada pendapat

Menteri adalah perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan mana-mana perkiraan yang telah dibuat di bawah seksyen yang disebut terdahulu.

(3)

Kuasa itu hendaklah dijalankan sedemikian untuk memastikan bahawa tiada hukuman mati yang dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah tentera boleh dilaksanakan, dan tiada hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan boleh dijalankan, dalam sesuatu institusi dalam mana-mana negara di luar Malaysia, yang bukan institusi perkhidmatan, kecuali mengikut perkiraan yang telah dibuat berkenaan dengan negara itu.

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules