Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
144. Section 144
Feedback & supportTiada seorang pun boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atas apa-apa kesalahan, selain kesalahan terhadap seksyen 47,
48, 61, 77, 88 atau kesalahan tinggal tugas melainkan jika perintah yang memanggil untuk bersidang dikeluarkan dan disampaikan kepadanya dalam masa tiga tahun selepas kesalahan itu dilakukan, dengan tidak mengambil kira apa-apa tempoh semasa dia menjadi seorang tawanan perang, apa-apa tempoh yang dia telah tidak hadir dengan menyalahi undang-undang, atau apa-apa tempoh mulai dari
152 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
tarikh pemfailan prosiding bagi kajian semula kehakiman dalam
Mahkamah Tinggi sehingga tarikh pemberesan muktamad prosiding itu:
Dengan syarat bahawa—
dalam hal suatu kesalahan terhadap seksyen 88 yang prosiding bagi kesalahan awam yang bersamaan dengannya, menurut mana-mana undang-undang bertulis, mesti dibawa dalam suatu tempoh yang terhad, maka had masa itu hendaklah terpakai bagi perbicaraan ke atas kesalahan itu di bawah seksyen itu sebagai ganti peruntukan subseksyen ini yang disebut terdahulu;
tertakluk pada apa-apa had masa sebagaimana yang disebut dalam perenggan yang terdahulu, seseorang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan awam yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan itu telah dilakukan lebih daripada tiga tahun sebelum perbicaraan itu dimulakan, jika Pendakwa Raya membenarkan perbicaraan itu.
Jika seseorang yang telah melakukan suatu kesalahan tinggal tugas, selain kesalahan tinggal tugas semasa dalam perkhidmatan giat, telah semenjak kesalahan itu berkhidmat terus-menerus sebagai anggota angkatan tetap selama tidak kurang daripada tiga tahun dengan kelakuan terpuji, dia tidak boleh dibicarakan atas kesalahan itu.
Seseorang tidak boleh dibicarakan menurut subseksyen 143(1)
melainkan jika perbicaraannya telah dimulakan dalam tempoh tiga bulan selepas dia tidak lagi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan, atau perbicaraan itu adalah atas sesuatu kesalahan awam yang dilakukan di luar Malaysia dan Pendakwa Raya membenarkan perbicaraan itu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak boleh terpakai bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 47 atau 48 atau kesalahan tinggal tugas.
Akta Angkatan Tentera 153
Seseorang tidak boleh ditangkap atau disimpan dalam jagaan menurut kuasa subseksyen 143(1) atas sesuatu kesalahan pada bila-bila masa setelah dia tidak lagi boleh dibicarakan atas kesalahan itu.
Dalam seksyen ini, “kajian semula kehakiman” termasuklah prosiding yang dimulakan secara—
sesuatu permohonan bagi apa-apa perintah prerogatif bagi mandamus, larangan atau certiorari;
sesuatu permohonan bagi suatu perisytiharan atau injunksi;
sesuatu writ habeas corpus; atau
apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau yang berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh mahkamah tentera atau pihak berkuasa yang memanggil sidang mengikut Akta ini.
Perhubungan antara Undang-Undang Perkhidmatan dengan
Mahkamah Awam dan Muktamadnya Perbicaraan