Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

146. Section 146

Feedback & support
(1)

Jika seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini—

(a)

telah dibicarakan atas sesuatu kesalahan oleh mahkamah awam yang berwibawa atau mahkamah tentera atau telah mendapatkan sesuatu kesalahan yang dilakukan olehnya diberi pertimbangan oleh mana-mana mahkamah yang menghukumnya itu;

(b)

telah dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan pertuduhan itu ditolak, atau telah didapati bersalah atas pertuduhan itu oleh pegawai memerintahnya atau sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan; atau

(c)

telah mendapat kemaafan terhadap sesuatu kesalahan daripada pegawai memerintahnya, maka berkenaan dengan kesalahan itu dia tidak boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atau dibicarakan terus oleh pegawai memerintahnya atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

seseorang tidak boleh disifatkan telah dibicarakan oleh mahkamah tentera jika pengesahan mengenai keputusan mahkamah tentera bahawa dia bersalah melakukan kesalahan itu, atau pengesahan mengenai dapatan mahkamah tentera bahawa dia tidak bersalah melakukan kesalahan itu disebabkan gila ditahan;

(b)

seseorang tidak boleh disifatkan telah mendapatkan sesuatu kesalahan itu diberi pertimbangan oleh mahkamah tentera yang menjatuhkan hukuman terhadapnya jika pengesahan hukuman oleh mahkamah itu ditahan atau hukuman itu dibatalkan;

Akta Angkatan Tentera 155

(c)

sesuatu kes hendaklah disifatkan telah dibicarakan terus oleh seseorang pegawai memerintah atau sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan walaupun dapatan pegawai atau pihak berkuasa itu dibatalkan atau diubah, apabila keputusan itu dikaji semula;

(d)

sesuatu kesalahan hendaklah disifatkan telah dimaafkan oleh pegawai memerintah itu bagi seseorang yang dikatakan telah melakukan kesalahan itu jika, dan hanya jika, pegawai itu atau mana mana pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk bertindak berhubung dengan kesalahan yang dituduh itu dengan mengetahui semua keadaan yang berkaitan telah memberitahu orang itu bahawa dia tidak akan dipertuduh atas kesalahan itu;

(e)

seseorang yang diperintahkan di bawah subseksyen 75(2)

supaya dipenjarakan atau menjalani tahanan atas sesuatu kesalahan terhadap seksyen itu disifatkan telah dibicarakan oleh mahkamah tentera atas kesalahan itu.

(3)

Jika pengesahan sesuatu dapatan bersalah atas sesuatu kesalahan atau sesuatu dapatan tidak bersalah atas sesuatu kesalahan disebabkan gila ditahan, tertuduh tidak boleh dibicarakan sekali lagi oleh mahkamah tentera atas kesalahan itu melainkan jika perintah bagi memanggil mahkamah tentera yang kemudian itu bersidang dikeluarkan tidak lewat daripada tujuh puluh dua hari setelah keputusan untuk menahan pengesahan itu diisytiharkan.

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam peruntukan terdahulu dalam seksyen ini, prosiding bagi sesuatu kesalahan terhadap

Akta ini (sama ada di hadapan seseorang pegawai memerintah atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau di hadapan sesuatu mahkamah tentera) tidaklah terhalang atas alasan bahawa kemaafan telah diberikan.

156 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

Siasatan

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules