Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
142. Section 142
Feedback & supportSetakat yang diperuntukkan sedemikian oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 136 atau Kaedah-Kaedah
Pemenjaraan dan Tahanan, hendaklah menjadi tugas penguasa atau orang lain yang menjaga sesuatu penjara (yang bukan penjara perkhidmatan) untuk menerima mana-mana orang yang dihantar dengan sewajarnya ke penjara itu menurut peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah itu dan mengurungnya sehingga hukuman itu selesai dilaksanakan atau banduan itu dilepaskan atau dihantar balik mengikut perjalanan undang-undang yang sepatutnya.
Jika seseorang yang berada dalam jagaan perkhidmatan menurut suatu hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan, maka apabila diterima suatu perintah bertulis bagi maksud itu yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah bagi orang itu, hendaklah menjadi tugas mana-mana penguasa atau orang lain sebagaimana yang disebut terdahulu, atau pegawai polis yang menjaga sesuatu balai polis atau mana-mana orang yang menjaga mana-mana tempat lain di mana banduan boleh dikurung dengan sah untuk menyimpan orang itu dalam jagaan selama tempoh tidak melebihi tujuh hari melainkan jika orang yang itu telah
150 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
dilepaskan terlebih dahulu atau dihantar balik mengikut perjalanan undang-undang yang sepatutnya.
Perbicaraan Orang yang Tidak Lagi Tertakluk pada
Undang-Undang Perkhidmatan dan Had Masa bagi Perbicaraan