Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
135. Section 135
Feedback & supportPeruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan penggantungan sesuatu hukuman pemenjaraan atau tahanan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera ke atas seseorang askar-lasykar.
Dengan tidak menyentuh subseksyen 125(5), semasa mengesahkan hukuman sedemikian pegawai pengesah boleh mengarahkan supaya hukuman itu digantung.
Apa-apa hukuman yang tidak digantung pada masa itu, apabila hukuman itu dikaji semula atau ditimbang semula, boleh digantung dengan arahan pihak berkuasa yang mengkaji semula atau menimbang semula hukuman itu.
Penggantungan apa-apa hukuman (dengan tidak menyentuh hukuman itu digantung sekali lagi) boleh diputuskan apabila hukuman itu dikaji semula atau ditimbang semula dengan arahan pihak berkuasa tersebut yang telah mengkomitkan orang itu dengan hukuman pemenjaraan atau tahanan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika, semasa mana-mana hukuman itu digantung, orang itu dihukum dengan pemenjaraan atau tahanan oleh mahkamah tentera
Akta Angkatan Tentera 143
bagi sesuatu kesalahan baru, maka (melainkan jika baki hukuman yang terdahulu itu diremitkan menurut kuasa subseksyen 90(9))—
mahkamah tentera itu boleh menamatkan penggantungan hukuman yang terdahulu itu dengan suatu perintah yang mengkomitkan orang yang dihukum dengan pemenjaraan atau tahanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika demikian mahkamah hendaklah mengarahkan supaya kedua-dua hukuman itu berjalan berturut-turut atau serentak;
jika mahkamah itu tidak menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan yang disebut terdahulu, pegawai pengesah boleh menjalankan kuasa itu apabila hukuman yang kemudian itu disahkan;
jika mahkamah atau pegawai pengesah itu tidak menjalankan kuasa itu, pihak berkuasa kajian semula boleh menjalankan kuasa itu apabila hukuman yang kemudian itu dikaji semula;
jika kuasa tersebut dijalankan (sama ada oleh mahkamah tentera, pegawai pengesah atau pihak berkuasa kajian semula), apa-apa kuasa penggantungan atau peremitan yang boleh dijalankan berhubung dengan hukuman yang kemudian itu boleh dijalankan juga berhubung dengan hukuman yang terdahulu itu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini berkuat kuasa tertakluk pada subseksyen 90(9).
Dengan tidak menyentuh penggantungan selanjutnya hukuman yang terdahulu itu, sesuatu perintah di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut yang mengarahkan supaya penggantungan hukuman itu ditamatkan tidak akan terjejas oleh sebab hukuman yang kemudian itu tidak disahkan atau kerana ia dibatalkan.
Jika hukuman terhadap seseorang yang berada dalam jagaan digantung, dia hendaklah dengan itu dilepaskan.
144 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
Lat tempoh maksimum bagi pertimbangkan semula, di bawah subseksyen 129(2), sesuatu hukuman pemenjaraan atau tahanan yang digantung, ialah tiga bulan, dan bukan yang dinyatakan di bawah subseksyen tersebut.
Pelaksanaan Hukuman Mati, Pemenjaraan dan Tahanan
Pelaksanaan hukuman mati