Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
134. Tempoh hukuman pemenjaraan dan tahanan
Feedback & supportJika seseorang askar-lasykar telah dijatuhi hukuman pemenjaraan atau tahanan oleh mahkamah tentera, dan hukuman itu digantung menurut seksyen yang berikut setelah dia dimasukkan ke dalam penjara atau berek tahanan, tempoh hukuman itu hendaklah digantung mulai dari permulaan hari selepas hari dia dilepaskan mengikut peruntukan seksyen yang berikut hingga permulaan hari penggantungan itu diputuskan.
Jika mana-mana orang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang dalam tempoh hukuman itu, maka, dalam mengira tempoh yang dia boleh dihukum dengan pemenjaraan atau ditahan menurut hukuman itu, tidaklah boleh diambil kira masa yang telah luput semasa tempoh yang bermula pada hari dia berada dalam keadaan bebas itu dan yang berakhir pada hari, sebagai seseorang yang telah berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang, dia dimasukkan dalam jagaan perkhidmatan atau jagaan pihak berkuasa awam atau (jika tidak dimasukkan ke dalam sesuatu jagaan itu) dia kembali ke tempat dia telah dipenjarakan atau ditahan sebelum dia berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang:
Dengan syarat bahawa, jika dia memuaskan hati pihak berkuasa itu sebagaimana yang dinyatakan bagi maksud itu oleh atau di bawah
Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan bahawa pada bila-bila masa dalam tempoh yang akhir disebut itu dia—
berada dalam jagaan pihak berkuasa awam; atau
Akta Angkatan Tentera 141
jika dan setakat yang diperuntukkan sedemikian oleh
Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan, berada dalam jagaan mana-mana pihak berkuasa perkhidmatan bagi mana-mana negara di luar Malaysia yang berkenaan dengannya perkiraan telah dibuat di bawah seksyen 139, maka masa yang akhir disebut itu hendaklah diambil kira dalam mengira tempoh yang dia boleh dihukum dengan pemenjaraan atau ditahan menurut hukuman perkhidmatan itu.
Dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut, ungkapan
“pihak berkuasa awam” ertinya pihak berkuasa awam (sama ada pihak berkuasa awam Malaysia atau bagi mana-mana negara di luar
Malaysia) yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menahan orang, dan termasuklah seorang pegawai polis.
Dengan tidak menyentuh subseksyen (2) jika mana-mana orang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan mengikut
Kaedah-Kaedah
Pemenjaraan dan Tahanan dilepaskan buat sementara atas alasan ihsan, maka, dalam mengira tempoh yang dia boleh dihukum dengan pemenjaraan atau ditahan menurut hukuman itu, tidaklah boleh diambil kira masa yang telah luput semasa tempoh yang bermula pada hari selepas hari dia dilepaskan dan yang berakhir pada hari dia dikehendaki balik ke dalam jagaan.
Seseorang yang dilepaskan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang disebut dalam subseksyen terdahulu yang akhir atau yang dibenarkan secara lain, menurut Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan
Tahanan, keluar dari mana-mana berek tahanan atau selainnya keluar daripada jagaan perkhidmatan bagi apa-apa tempoh atau tertakluk pada apa-apa syarat, hendaklah jika dia tidak balik apabila habis tempoh itu atau tidak mematuhi syarat itu, disifatkan bagi maksud subseksyen (2)
sebagai berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang.
Seseorang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan dalam jagaan awam yang, setelah dilepaskan buat sementara di bawah undang-
142 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
undang awam, berada dalam keadaan bebas pada bila-bila masa semasa tempoh dia boleh dihukum dengan pemenjaraan atau ditahan dalam jagaan awam menurut hukumannya, hendaklah disifatkan berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang jika tempoh yang dia dilepaskan buat sementara itu telah tamat atau jika suatu perintah yang memanggilnya semula telah dibuat menurut undang-undang awam.
Sebutan dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut mengenai pelepasan atau pemanggilan semula di bawah undang-undang awam ialah sebutan mengenai pelepasan atau pemanggilan semula menurut undang-undang bagi negara yang dalamnya dia menjalani hukumannya.
Penggantungan hukuman