Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
149. Pemulihan atau pampasan bagi kesalahan mencuri, dsb
Feedback & supportPeruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa jika seseorang telah disabitkan oleh mahkamah tentera kerana mendapatkan apa-apa harta dengan menyalahi undang-undang, sama ada dengan mencurinya, menerimanya atau menyimpan dengan mengetahui atau dengan mempunyai sebab bagi mempercayainya sebagai telah dicuri, menyalahgunakannya secara fraud atau selainnya.
Jika mana-mana harta yang diperoleh dengan menyalahi undang-undang dijumpai dalam milikan pesalah itu, harta itu boleh diperintahkan supaya diserahkan atau dibayar kepada orang yang merupakan pemunya harta itu.
Jika dijumpai dalam milikan pesalah itu apa-apa harta (selain wang) yang didapati telah diperoleh olehnya dengan jalan menukarkan atau menggantikan mana-mana harta yang diperoleh dengan menyalahi undang-undang itu, maka harta itu boleh diperintahkan supaya diserahkan kepada orang yang merupakan pemunya harta yang telah diperoleh dengan menyalahi undang-undang itu.
Jika wang dijumpai dalam milikan pesalah itu, maka sama ada atau tidak wang itu didapati sebagai telah diperoleh seperti yang disebut terdahulu, suatu perintah boleh dibuat supaya dibayar daripada wang itu kepada orang yang merupakan pemunya harta yang telah diperoleh dengan menyalahi undang-undang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu sebagai atau terhadap pampasan kerana kerugian yang telah disebabkan kepada orang tersebut oleh sebab kesalahan itu, setakat yang tidak diganti secara lain di bawah Akta ini atau dengan mendapatkan harta yang telah diperoleh dengan menyalahi undang-undang itu.
Jika mana-mana harta yang diperoleh dengan menyalahi undang-undang itu telah dijual atau digadaikan kepada orang lain yang pada masa itu tidak mengetahuinya sebagai telah diperoleh dengan menyalahi undang-undang, tertakluk pada pemulihan harta yang dijual atau digadaikan seperti yang disebut terdahulu itu
Akta Angkatan Tentera 159
kepada pemunyanya, suatu perintah boleh dibuat supaya dibayar kepada orang lain tersebut itu, daripada apa-apa wang yang dijumpai dalam milikan pesalah itu (sama ada atau tidak wang itu merupakan hasil jualan atau gadaian itu) sejumlah wang sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu sebagai atau terhadap pampasan bagi kerugian yang disebabkan kepadanya berikutan daripada jualan atau gadaian itu.
Jika mana-mana harta yang diperoleh dengan menyalahi undang-undang itu telah diberikan sebagai pertukaran kepada seseorang lain yang pada masa itu tidak mengetahuinya sebagai telah diperoleh dengan menyalahi undang-undang, tertakluk pada pemulihan harta yang diberikan seperti yang disebut terdahulu kepada pemunyanya, suatu perintah boleh dibuat supaya harta yang diambil sebagai pertukaran bagi harta yang diperoleh dengan menyalahi undang-undang itu dipulangkan kepada orang lain tersebut itu.
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh mahkamah tentera yang mensabitkan pesalah itu, oleh pegawai pengesah atau oleh mana-mana pihak berkuasa kajian semula; dan dalam seksyen ini ungkapan “merupakan” ertinya merupakan kepada mahkamah, pegawai atau pihak berkuasa yang membuat perintah itu.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mahkamah tentera tidak boleh berkuat kuasa sehingga disahkan oleh pegawai pengesah; dan peruntukan Bahagian ini mengenai pengesahan dan kajian semula prosiding mahkamah tentera hendaklah dipakai bagi sesuatu perintah di bawah seksyen ini sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi sesuatu hukuman.
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini tidak boleh menghalang hak mana-mana orang, selain pesalah atau seseorang yang menuntut melaluinya, untuk mendapatkan apa-apa harta yang telah diserahkan atau dibayar menurut sesuatu perintah daripada orang yang telah diserahkan atau dibayar harta itu.
160 Undang-Undang Malaysia AKTA 77