Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
136. Section 136
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan pelaksanaan hukuman mati di bawah Akta ini sama ada yang dijatuhkan di Malaysia atau di tempat lain.
Dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen terdahulu yang disebut, peraturan-peraturan di bawah seksyen ini boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:
cara dan tempat bagi melaksanakan hukuman itu; dan
menjaga, merawat dan memindahkan orang yang dijatuhkan hukuman mati, atau boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang yang dinyatakan dalam atau yang ditentukan oleh atau di bawah peraturan-peraturan itu untuk memberikan arahan berkenaan dengan semua atau mana-mana daripada perkara itu.
Provos marsyal atau pegawai provos yang lain yang berpangkat tidak rendah daripada mejar atau yang setaraf dengannya sebagaimana yang dinyatakan dalam atau yang ditentukan di bawah peraturan-peraturan di bawah seksyen ini hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan dengan sepatutnya apa-apa hukuman mati yang dijatuhkan di bawah Akta ini.
Akta Angkatan Tentera 145