Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

150. Pelantikan Ketua Hakim Peguam

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seseorang yang sesuai untuk melaksanakan berkenaan dengan angkatan tentera fungsi yang boleh dijalankan oleh Ketua Hakim Peguam dengan sah di bawah

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(2)

Sebutan dalam Akta ini atau undang-undang bertulis yang lain mengenai Ketua Hakim Peguam hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai orang yang pada masa itu dilantik di bawah subseksyen terdahulu.

(3)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah sama ada merupakan seorang anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang telah berkhidmat selama tidak kurang daripada lima tahun, atau seorang peguam bela dan peguam cara yang telah menjalankan amalan selama tidak kurang daripada lima tahun, atau seorang yang berkelayakan mengikut pengertian Akta Profesion

Undang-Undang 1976 [Akta 166], yang telah berkelayakan sedemikian selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun.

(4)

Dengan tidak menyentuh keluasan subseksyen (1), tugas orang yang dilantik di bawah subseksyen itu hendaklah termasuk—

(a)

menasihati Majlis Angkatan Tentera, pegawai pengesah dan pihak berkuasa kajian semula mengenai kesahan dapatan dan hukuman mahkamah tentera;

(b)

menasihati Majlis Angkatan Tentera dan pegawai angkatan tentera mengenai apa-apa perkara lain yang dirujukkan kepadanya dari semasa ke semasa; dan

(c)

melantik orang yang mempunyai pengalaman undang-undang untuk bertindak sebagai hakim peguam dalam mahkamah tentera.

Akta Angkatan Tentera 161

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules