Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

153. Jagaan rekod prosiding mahkamah tentera dan hak tertuduh untuk mendapatkan suatu salinannya

Feedback & support
(1)

Rekod prosiding sesuatu mahkamah tentera hendaklah disimpan dalam jagaan Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera

Malaysia atau pegawai atau pegawai-pegawai lain yang dilantik dari semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera bagi maksud itu

(kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut “pegawai penjaga”)

selama tidak kurang daripada tempoh yang ditetapkan, iaitu suatu tempoh yang cukup bagi memastikan hak yang diberikan oleh kedua-dua subseksyen yang berikut boleh dijalankan.

(2)

Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, mana-mana orang yang dibicarakan oleh mahkamah tentera berhak mendapatkan daripada pegawai penjaga itu suatu salinan rekod prosiding mahkamah tentera itu apabila diminta pada bila-bila masa dalam tempoh yang berkaitan itu, dan atas pembayaran baginya mengikut kadar yang ditetapkan.

(3)

Jika seseorang yang dibicarakan oleh mahkamah tentera mati dalam tempoh yang berkaitan itu, wakil dirinya atau mana-mana orang

162 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

yang pada pendapat pegawai penjaga itu patut disifatkan bagi maksud subseksyen ini sebagai wakil dirinya, tertakluk pada peruntukan seksyen ini, berhak mendapatkan daripada pegawai penjaga itu suatu salinan rekod prosiding mahkamah tentera itu apabila diminta pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kematian itu dan atas pembayaran baginya mengikut kadar yang ditetapkan.

(4)

Jika, atas permohonan untuk mendapatkan suatu salinan rekod mana-mana prosiding itu menurut mana-mana satu daripada dua subseksyen terdahulu yang akhir disebut, Menteri memperakui bahawa adalah dikehendaki atas alasan keselamatan bahawa rekod prosiding itu atau mana-mana bahagiannya tidak boleh dizahirkan, pemohon tidak berhak untuk mendapatkan suatu salinan rekod prosiding itu atau mana-mana bahagiannya yang dimaksudkan oleh perakuan itu.

(5)

Dalam seksyen ini “tempoh yang berkaitan”, berhubung dengan mana-mana orang yang dibicarakan oleh mahkamah tentera, ertinya tempoh lima tahun mulai dari tarikh dia dibebaskan atau, jika dia disabitkan, tarikh dapatan bersalah dan hukuman itu diisytiharkan atau, jika sesuatu dapatan bersalah tidak disahkan, tarikh penahanan pengesahan itu diisytiharkan:

Dengan syarat bahawa jika prosiding itu berhubung dengan dua pertuduhan atau lebih dan orang yang dibicarakan itu dibebaskan atas satu pertuduhan atau lebih dan disabitkan atas yang lain atau yang lain-lain itu, tempoh yang berkaitan itu ialah tempoh lima tahun mulai dari tarikh dapatan bersalah dan hukuman ke atasnya itu diisytiharkan atau tarikh pengesahan dapatan itu atau dapatan-dapatan itu ditahan.

(6)

Apa-apa sebutan dalam seksyen ini mengenai rekod prosiding sesuatu mahkamah tentera termasuklah suatu sebutan mengenai rekod prosiding berkenaan dengan pengesahan atau penyemakan dapatan dan hukuman mahkamah tentera.

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules