Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
131. Section 131
Feedback & supportJika, apabila seseorang dibicarakan oleh mahkamah tentera, ternyata pada mahkamah tentera itu bahawa tertuduh itu disebabkan oleh gila tidak berupaya untuk dibicarakan, maka mahkamah tentera itu boleh membuat dapatan sedemikian; dan jika dapatan itu disahkan mengikut peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, tertuduh hendaklah ditahan dalam jagaan mengikut cara yang diperuntukkan oleh atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini sehingga arahan daripada Yang di-Pertuan Agong diketahui atau
138 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
sehingga masa yang lebih awal yang tertuduh itu berupaya untuk dibicarakan.
Jika, semasa seseorang dibicarakan oleh mahkamah tentera, ternyata pada mahkamah tentera itu bahawa keterangan yang ada, selain apa-apa soal mengenai gila, menyokong dapatan bahawa tertuduh itu bersalah atas apa-apa kesalahan, tetapi pada masa perbuatan atau peninggalan yang menjadi kesalahan itu tertuduh itu adalah gila, mahkamah tentera hendaklah mendapati tertuduh itu tidak bersalah atas kesalahan itu disebabkan oleh gila dan kemudiannya tertuduh itu hendaklah ditahan dalam jagaan mengikut cara yang diperuntukkan oleh atau di bawah peraturan-peraturan Majlis
Angkatan Tentera sehingga arahan daripada Yang di-Pertuan Agong diketahui.
Dalam hal apa-apa dapatan seperti yang disebut terdahulu,
Yang di-Pertuan Agong boleh memerintahkan supaya tertuduh itu dijaga dengan selamat selama yang diperkenankan olehnya di tempat dan mengikut cara yang difikirkannya sesuai.
Sesuatu dapatan di bawah subseksyen (1) tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga dapatan itu telah disahkan oleh seseorang pegawai yang ada kuasa untuk mengesahkan sesuatu dapatan bersalah yang dibuat oleh mahkamah tentera yang berkenaan dan dapatan itu telah diisytiharkan.
Jika mahkamah tentera atau pegawai pengesah itu membuat atau menggantikan sesuatu dapatan tidak bersalah oleh sebab tertuduh itu gila pegawai pengesah itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, pihak berkuasa kajian semula itu tidak mempunyai kuasa untuk menggantikan dapatan itu dengan suatu dapatan bersalah; tetapi kecuali seperti yang disebut terdahulu peruntukan Akta ini mengenai penyemakan, pengesahan dan kajian semula (dan khususnya peruntukan
Akta ini yang memberikan kuasa untuk menggantikan apa-apa dapatan dengan apa-apa dapatan lain yang mungkin dibuat oleh mahkamah tentera yang berkenaan) hendaklah terpakai berhubung dengan dapatan itu sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (2) sebagaimana peruntukan itu terpakai berhubung dengan dapatan bersalah yang lain.
Akta Angkatan Tentera 139
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini atau melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai sesuatu sabitan atau dapatan bersalah berkenaan dengan apa-apa kesalahan termasuklah sebutan mengenai sesuatu dapatan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kesalahan itu.
Kecualian bagi Fungsi Ketua Hakim Peguam
Kecualian bagi fungsi Ketua Hakim Peguam