Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

140. Negara di mana hukuman pemenjaraan atau tahanan hendak dijalankan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang sedang menjalani sesuatu hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan di

Malaysia (setakat yang dinyatakan oleh atau di bawah Kaedah-Kaedah

Pemenjaraan dan Tahanan) boleh dipindahkan keluar dari Malaysia ke mana-mana tempat di mana unit atau mana-mana bahagiannya atau kapal di mana dia bertugas sedang berkhidmat atau diperintahkan untuk berkhidmat, tetapi tidak ke mana-mana tempat lain.

148 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(2)

Tertakluk pada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, seseorang yang dijatuhkan hukuman pemenjaraan di bawah Akta ini, oleh mahkamah tentera yang diadakan di luar Malaysia, selama lebih daripada dua belas bulan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan setelah hukuman itu selesai disahkan, dipindahkan ke Malaysia.

(3)

Jika seseorang telah dijatuhkan hukuman pemenjaraan di bawah Akta ini, oleh mahkamah tentera yang diadakan di luar

Malaysia, selama tempoh lebih daripada dua belas bulan, pegawai pengesah atau pihak berkuasa kajian semula boleh, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut, mengarahkan supaya dia tidak dikehendaki dipindahkan ke

Malaysia sehingga dia telah menjalani sebahagian daripada hukumannya, iaitu tidak melebihi dua tahun (bagi sesuatu hukuman pemenjaraan yang melebihi dua tahun), sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu; dan pada menentukan sama ada hendak menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen ini atau tidak, seseorang pegawai pengesah atau sesuatu pihak berkuasa kajian semula hendaklah memberi perhatian kepada apa-apa syor bagi maksud itu yang dibuat oleh mahkamah tentera.

(4)

Apa-apa arahan pegawai pengesah di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh pegawai pengesah itu atau pihak berkuasa kajian semula atau digantikan oleh apa-apa arahan pegawai pengesah itu atau pihak berkuasa kajian semula yang boleh diberikan oleh pegawai pengesah atau pihak berkuasa kajian semula itu di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut; dan apa-apa arahan pihak berkuasa kajian semula di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh pihak berkuasa kajian semula itu atau digantikan seperti yang disebut terdahulu.

(5)

Apa-apa arahan yang diberikan di bawah seksyen ini, dan pembatalan apa-apa arahan itu, hendaklah diisytiharkan.

(6)

Dalam menentukan, pada bila-bila masa bagi maksud seksyen ini, jenis atau tempoh sesuatu hukuman, maka hendaklah diambil kira apa-apa peringanan atau peremitan hukuman yang telah diarahkan terdahulu.

Akta Angkatan Tentera 149

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules