Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

137. Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah (kemudian daripada ini disebut “Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan”) berkenaan dengan semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:

(a)

tempat yang dalamnya dan institusi atau bentuk jagaan

(sama ada perkhidmatan atau tidak) yang dalamnya orang boleh dikehendaki menjalani keseluruhan atau mana-mana bahagian hukuman pemenjaraan perkhidmatan dan hukuman tahanan perkhidmatan yang dijatuhkan ke atas mereka;

(b)

pengkomitan orang yang di bawah hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan ke dalam institusi atau bentuk jagaan yang berkenaan, memindahkan mereka dari satu negara atau tempat ke satu negara atau tempat yang lain dan dari satu institusi atau bentuk jagaan kepada satu institusi atau bentuk jagaan yang lain dan melepaskan mereka apabila apa-apa tempoh pemenjaraan atau tahanan tamat;

(c)

pengadaan, pengelasan, pengawalseliaan dan pengurusan institusi perkhidmatan;

(d)

pengelasan, rawatan, pengambilan kerja, tatatertib dan kawalan ke atas orang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan dalam institusi perkhidmatan atau selainnya dalam jagaan perkhidmatan;

(e)

pelepasan buat sementara atas alasan ihsan orang yang menjalani hukuman itu dalam institusi atau jagaan yang disebut terdahulu, yang hal dalamnya, tempoh yang baginya dan syarat-syarat yang tertakluk padanya mereka boleh dibenarkan keluar dari mana-mana institusi atau jagaan dan meremitkan sebahagian daripada mana-mana hukuman itu oleh sebab kelakuan baik dan kerajinan;

146 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(f)

pelantikan, kuasa dan tugas pemeriksa, pelawat dan pegawai yang menjaga orang yang menjalani hukuman pemenjaraan atau tahanan:

Dengan syarat bahawa kaedah-kaedah itu tidak boleh membenarkan hukuman jasad dikenakan.

(2)

Menteri boleh, berkenaan dengan mana-mana kawasan di mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah

Akta ini berada dalam perkhidmatan giat mewakilkan kuasanya untuk membuat Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan kepada pegawai yang memerintah pemerintahan yang dalamnya orang itu berkhidmat, tertakluk pada sekatan, had, kecualian dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

Peruntukan khas mengenai penjara awam di Malaysia

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules