Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
143. Perbicaraan dan hukuman bagi kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan walaupun pesalah tidak lagi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 144, jika suatu kesalahan di bawah
Akta ini yang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera telah dilakukan, atau disyaki dengan munasabah sebagai telah dilakukan, oleh mana-mana orang semasa tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, maka berhubung dengan kesalahan itu dia disifatkan, bagi maksud Akta ini yang berhubungan dengan penangkapan, simpanan dalam jagaan, penyiasatan pertuduhan, perbicaraan dan hukuman oleh mahkamah tentera (termasuk pengesahan, kajian semula, pertimbangan semula dan penggantungan)
dan pelaksanaan hukuman, sebagai terus tertakluk pada undang-undang perkhidmatan walaupun dia tidak lagi pada bila-bila masa tertakluk padanya.
Jika, semasa seseorang itu berada dalam jagaan perkhidmatan menurut seksyen ini (sama ada sebelum, semasa atau selepas perbicaraan) dia melakukan, atau semunasabahnya disyaki telah melakukan, sesuatu kesalahan yang, jika dia tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini yang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera, maka berhubung dengan kesalahan itu atau kesalahan yang disyaki itu dia disifatkan, bagi maksud peruntukan Akta ini yang disebut dalam subseksyen terdahulu yang disebut dan peruntukannya mengenai perbicaraan pertuduhan secara terus, sebagai telah pernah tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini apabila kesalahan itu dilakukan atau disyaki sebagai telah dilakukan dan terus tertakluk pada undang-undang perkhidmatan selepas itu.
Akta Angkatan Tentera 151
Jika, menurut kuasa mana-mana satu daripada dua subseksyen terdahulu yang disebut, seseorang disifatkan pada bila-bila masa tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini, peruntukan itu hendaklah terpakai baginya—
jika dia memegang apa-apa pangkat perkhidmatan, sebagai seseorang yang memegang pangkat itu; atau
secara lain sebagai seseorang yang memegang pangkat yang dipegangnya pada masa dia akhir sekali sebenarnya tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini:
Dengan syarat bahawa mengenai apa-apa masa selepas dia dihukum bagi kesalahan berkenaan dan hukuman itu disahkan, maka peruntukan tersebut hendaklah terpakai baginya (dalam apa-apa hal) sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi seseorang askar-lasykar.
Jika, selain subseksyen ini, mana-mana peruntukan Akta ini terpakai bagi seseorang di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut berhubung dengan pangkat yang berlainan, peruntukan itu hendaklah terpakai baginya sebagaimana ia terpakai bagi seseorang yang memegang pangkat yang lebih rendah atau yang paling rendah daripada pangkat-pangkat itu.
Had masa bagi perbicaraan kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan