Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

138. Section 138

Feedback & support
(1)

Seseorang yang dijatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan dan dikomitkan atau dipindahkan ke penjara awam menurut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 136 atau mengikut Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan, semasa dalam penjara itu, hendaklah dikurung atau pun diuruskan secara lain sama seperti seseorang yang dikurung di dalamnya bagi suatu hukuman yang sama yang dijatuhkan oleh mahkamah awam.

(2)

Peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan Akta

Penjara 1995 [Akta 537], dan mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah terpakai dalam penjara awam berhubung dengan pelaksanaan sesuatu hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera bagi apa-apa kesalahan, tetapi dengan menggantikan sebutan mengenai Penguasa Penjara atau Pegawai Penjaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam undang-undang bertulis itu dengan sebutan mengenai provos marsyal atau pegawai provos lain yang bertanggungjawab bagi melaksanakan hukuman itu dengan sepatutnya.

Akta Angkatan Tentera 147

Peruntukan khas bagi melaksanakan atau menjalankan hukuman di luar Malaysia selain dalam penjara perkhidmatan atau berek tahanan

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules