Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

147. Lembaga siasatan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan mana-mana lembaga siasatan (kemudian daripada ini disebut

“Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan”) dan tertakluk pada dan mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan itu, Majlis

Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai angkatan tetap yang diberi kuasa oleh atau di bawah kaedah-kaedah itu untuk berbuat demikian, boleh memanggil untuk bersidang suatu lembaga siasatan untuk menyiasat dan memberi laporan mengenai fakta yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang boleh dirujuk kepada lembaga itu oleh

Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai yang disebut terdahulu; dan sesuatu lembaga siasatan hendaklah, jika diarahkan berbuat demikian, menyatakan pendapatnya mengenai apa-apa soal yang berbangkit daripada apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya.

(2)

Sesuatu lembaga siasatan hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan orang sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kaedah-kaedah

Lembaga Siasatan, yang merupakan orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan yang dipertua lembaga siasatan itu hendaklah seorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada leftenan tentera atau yang setaraf dengannya.

(3)

Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, Kaedah-Kaedah

Lembaga Siasatan boleh membuat peruntukan berkenaan dengan persidangan, keanggotaan dan tatacara bagi lembaga siasatan dan, dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen yang disebut terdahulu, boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:

(a)

kaedah-kaedah mengenai keterangan untuk dipatuhi oleh lembaga siasatan dan mengambil keterangan di hadapan lembaga itu, termasuk mentadbirkan sumpah dan ikrar kepada saksi;

(b)

dengan tidak menyentuh peruntukan seksyen yang berikut, merekodkan dalam buku perkhidmatan dapatan oleh

Akta Angkatan Tentera 157

lembaga siasatan dalam hal sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah;

(c)

apa-apa perkara yang bersampingan dan perkara tambahan yang perlu bagi maksud kaedah-kaedah itu.

(4)

Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan hendaklah mengandungi peruntukan untuk memastikan supaya mana-mana saksi atau orang lain yang mungkin terlibat oleh dapatan sesuatu lembaga siasatan mempunyai peluang untuk hadir, dan diwakili dalam persidangan lembaga atau sesuatu bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan oleh atau di bawah Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan.

(5)

Keterangan yang diberikan di hadapan sesuatu lembaga siasatan tidak boleh diterima terhadap mana-mana orang dalam prosiding di hadapan sesuatu mahkamah tentera, pegawai memerintah atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan, selain bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 77, atau bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 88 jika kesalahan awam yang bersamaan ialah kesalahan memberikan atau mereka keterangan palsu.

Siasatan kerana tidak hadir

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules