Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
156. Section 156
Feedback & supportDalam Bahagian ini—
“askar-lasykar” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 dan hendaklah juga termasuk seorang askar-lasykar dalam Simpanan Angkatan Tetap dan seorang anggota sukarela;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Tatacara atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 155;
“pegawai sidang”, berhubung dengan sesuatu mahkamah tentera, ertinya pegawai yang memanggil mahkamah tentera itu untuk bersidang, dan termasuklah pengganti jawatannya atau mana-mana orang yang pada masa ini menjalankan fungsinya atau fungsi penggantinya;
“penjara” ertinya suatu penjara awam atau penjara perkhidmatan;
164 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
“penjara awam” ertinya suatu penjara di Malaysia di mana seseorang yang dijatuhi hukuman pemenjaraan oleh mahkamah awam boleh dikurung pada masa itu;
“penjara perkhidmatan” ertinya premis yang berasingan yang ditetapkan oleh Menteri bagi orang yang menjalani hukuman pemenjaraan perkhidmatan.
Sebutan dalam Bahagian ini mengenai sesuatu hukuman pemenjaraan perkhidmatan ialah sebutan mengenai sesuatu hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera.
Sebutan dalam Bahagian ini mengenai pegawai waran tidak termasuk sebutan mengenai pemangku pegawai waran.
Sebutan dalam Bahagian ini mengenai pegawai tidak bertauliah termasuklah sebutan mengenai pemangku pegawai tidak bertauliah dan pemangku pegawai waran.