Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Am
169. Section 169
Feedback & supportApabila bahagian daripada dua Perkhidmatan angkatan tentera atau lebih berkhidmat bersama, pemerintahan bahagian-bahagian itu bolehlah dijalankan oleh pegawai daripada mana-mana
Perkhidmatan angkatan tentera sebagaimana yang dilantik oleh pihak berkuasa yang layak.
Seseorang pegawai yang dilantik seperti yang disebut terdahulu hendaklah mempunyai kuasa memerintah ke atas semua pegawai dan askar-lasykar yang berkhidmat dalam bahagian-bahagian itu.
Apabila bahagian daripada dua Perkhidmatan angkatan tentera atau lebih berkhidmat bersama dalam sesuatu formasi komposit, unit, stesen atau pasukan, pegawai dan askar-lasykar yang berkhidmat di dalamnya hendaklah, melainkan jika pihak berkuasa yang layak mengarahkan selainnya, mematuhi perintah semua orang yang lebih kanan pangkatnya daripada mereka dalam kumpulan pasukan, unit, stesen atau pasukan itu, tidak kira jenis Perkhidmatan mereka.
Pemulihan terhadap Aduan