Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Am
177. Perakuan penangkapan atau penyerahan diri orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir
Feedback & supportJika seseorang majistret menurut seksyen 175
membicarakan seseorang yang tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang, maka apabila orang itu diserahkan kepada jagaan angkatan tentera, hendaklah diserahkan suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan, yang ditandatangani oleh majistret, yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan penangkapan atau penyerahan diri dan prosiding di hadapan majistret itu.
Akta Angkatan Tentera 185
Jika dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut seseorang itu diserahkan kepada jagaan angkatan tentera tanpa dibawa ke hadapan seseorang majistret, maka hendaklah diserahkan suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan, yang ditandatangani oleh pegawai polis yang menyebabkan dia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera, yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan penyerahan dirinya.
Dalam mana-mana prosiding bagi kesalahan di bawah seksyen 54 atau 55—
sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan di bawah salah satu daripada dua subseksyen terdahulu yang disebut dan perlu ditandatangani sebagaimana yang dikehendaki, hendaklah menjadi keterangan terhadap perkara yang dinyatakan dalam dokumen itu;
jika prosiding terhadap seseorang yang, apabila ditangkap atau menyerah diri, telah dimasukkan ke dalam jagaan angkatan tentera atau ke dalam jagaan tentera laut, tentera darat atau tentera udara mana-mana angkatan asing, suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang pegawai provos, atau mana-mana pegawai yang bersamaan bagi sesuatu angkatan asing, atau oleh mana-mana pegawai lain yang menjaga bilik kawalan atau tempat lain di mana orang itu dikurung apabila dibawa ke dalam jagaan, menyatakan fakta, tarikh, masa dan tempat penangkapan atau penyerahan diri, hendaklah menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.
Dalam seksyen ini ungkapan “ditetapkan” ertinya yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat oleh Majlis Angkatan
Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong.
186 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
Kewajipan penguasa penjara dan lain-lain untuk menerima orang tinggal tugas dan yang tidak hadir tanpa cuti